Monday, July 11, 2011

Kamu Pilih Juga


Mata dibutakan
telinga ditulikan
hati dimatikan
tinggallah minda
tidak bertuan...

dia yang tersohor
dia yang terbilang
dia yang aku sayang

andai bertandang mesra ke pondokku
tidak memberi erti dia sayangkan aku
mana mungkin mengikut mahuku
apalagi seiring rasa di kalbu

kunjungannya hanya menumpang teduh
mahunya sedikit ruang melepas keluh

jika aku berteriak nama kamu
ia tidak menimbulkan hebatmu
pekik tempik tiada arah dituju
pembuka jalan tambah berliku

bila kematian menjengahmu
ketika berjalan kerumahku
adakah itu menjadikan aku
penyebab kepulanganmu?

bila tiba soal perjuangan diri kamu
kamu lupa takdir tiba tidak menentu
katamu manusia juga penyebab matimu

saat nadi terhenti tanpa sesiapa di sisi,
ubun-ubun berdenyut direntap dan terhenti
kamu melolong meratap nasib diri celaka lagi!

permainan minda , manupulasi akal bebal
dari mana asal tidak membayangkan pejal

bijak pandai melompat tinggi, ke-dalam ke-luar
tubuh perkasa berasap, ngauman gempita bergegar
yang menurut kata,bertebaran mencari arah suara

itu benar kata kamu
kerana suaranya merdu
kerana sijilnya mahal
kerana pakainya tebal

kamu pilih juga tanpa analisa
aku disini memilih kasihmu jua

Shahriza Mahmud
11.00am
10 Julai 2011
8.11am
11 Julai 2011
KLBA

No comments: