Pejam celik, pejam celik, rupanya sudah 21 tahun sejak Riza mula menjejakkan kaki di Akademi Filem Malaysia (AFM). 1990, Riza merupakan batch kedua, kami diajar dengan pelbagai subjek filem secara teori dan praktikal. Bermula dari penulisan skrip , pengambaran, editing sehingga kepada pengarahan, semuanya didedahkan kepada kami. Tenga pengajar terdiri dari pensyarah industri dan dari IPT yang terpilih dan hebat-hebat belaka. Antaranya Encik Rushdi dari UITM, aruah Anuar Nor Arai dari UM, Anwardi Jamil, aruah Zainuddin Kechik, Encik Hassan Muthalib, aruah Abdullah Zainol, Tan Sri Jins Shamsuddin dan ramai lagi.
Batch terawal AFM mengalami pelbagai pandangan negatif dan dipandang serong oleh orang industri. Umpama orang belajar seni persilatan, setiap kali berjalan ada saja yang nak 'try'! Semua orang tak percaya dengan kemampuan graduan dari AFM. Maka timbul lah sekelompok manusia yang senantiasa membawa cerita-ceita negatif yang ditokok tambah dari satu produksi ke satu produksi. Semua yang buruk saja diceritakan, contohnya;"Aku suruh budak tu bawa lampu, lembik nak mampus, macamana nak jadi orang filem?" atau,"Kau orang bila keluar nanti ingat boleh jadi director ke?" atau,"Alah...derang belajar berlakon je tu.."...disambung dengan gelak ketawa dari yang lain...
Hampir tidak ada sokongan dari orang industri. Ramai rakan-rakan yang mengadu kepada Riza. Kesian...Nak mencari ilmu pun dihina macam tu. Bagi Riza, Riza bernasib baik sebab sewaktu mengikuti pengajian, Riza sudahpun setahun berjinak-jinak di dalam dunia lakonan TV dan tiga tahun berteater. Riza sudah mengenali orang industri dan yang paling penting, Riza tackled mereka dengan cara terbaik. Kebiasaannya Riza tidak akan melawan tetapi memberi points dan penerangan apa yang kami belajar dan apa yang kami boleh buat. Sejak masuk kedunia pengambaran, sebelum muncul AFM lagi, Riza memang sudah mula mencuri-curi ilmu dari pengarah-pengarah drama yang Riza berlakon. Bila mendapat khabar penubuhan Akademi Filem Malaysia, Riza cepat-cepat nak apply tapi waktu tu dah lepas tarikh tutup sebab iklannya tidak meluas maka Riza terlepas batch pertama. Riza nekad menunggu batch ke-2!
Bila iklan batch ke-2 dikeluarkan, lebih ramai yang memohon. Risau juga tak dapat tapi Alhamdulillah Riza terpilih. Yang hebatnya sewaktu batch kami, kami tidak menggunakan video sebagai asas latihan. Waktu itu semuanya menggunakan filem 35mm atau 16mm. Banyak yang kami timba ilmu di AFM. So bila kita bercakap tentang pelajaran filem di kelas, orang-orang kecil dalam industri akan mengajak kita berdebat namun orang-orang besar akan lebih menghormati. Tidak dinafikan teori tidak akan membawa kita kemana-mana, maka dengan itu orang industri harus memberi peluang dan membuka pintu untuk anak-anak pelapis meneruskan perjuangan! Walaupun perit dengan nama AFM yang dipermainkan di kala itu, kami bangun dan menerjah industri sehingga kini, ramai sudah berjaya di dalam pengkhususan masing-masing yang dipilih.
Riza akui Riza lewat sedikit memulakan langkah pengarahan kerana rezeki dalam bidang lakonan datang mencurah-curah ketika sebelum kegawatan ekonomi melanda namun Riza simpan segala ilmu sebagai bekalan. Pun begitu, Riza mulakan dengan penulisan skrip berselang seli lakonan kerana Riza boleh menulis walaupun sewaktu sedang berada di lokasi. maka terhasil lah beberapa skrip seperti IDAMAN the series yang cukup popular satu ketika dulu. Riza merupakan pioneer scriptwriter bersama Meera isteri Khabir Bhatia. Riza menulis sehingga musim kedua. Sewaktu kegawatan ekonomi melanda Malaysia, projek tersebut juga dilanda kegawatan kewangan.
Setelah kegawatan reda, Riza telah mengambil keputusan untuk meneruskan bidang lakonan seiring dengan penulisan skrip dan pengarahan. Amatlah payah untuk menembusi bidang pengarahan yang dipegang oleh orang-orang lama yang tidak membenarkan generasi baru mengambil alih. Persoalan demi persoalan ditimbulkan. Kutukan dan pembodekan berlaku di mana-mana sehingga membuatkan Riza hampir mengalah. Terus terang, Riza tak pandai nak membodek lebih sudu dari kuah, takut nanti tak tercapai dek akal namun akhirnya ilmu dan kemampuan Riza dipandang juga. Riza telah memulakan pengarahan drama TV dengan sebuah produksi drama Tamil! Menggunakan skrip Riza, KELAB EKSEKUTIF yang dialih bahasa ke bahasa Tamil, Riza mula mengarah aktor-aktor Tamil.
Penggunaan bahasa Tamil? Ianya tidak pernah menjadi masalah kepada Riza kerana Riza memahami apa yang hendak diarahkan. Riza faham skrip, Riza faham bahasa tubuh aktor, Riza tahu komposisi sudut dan teknikal secara khusus. So, apa masalahnya kalau hendak mengarah drama dalam bahasa Melayu? Masalahnya terlalu banyak politik! Dari bawah sampai ke atas! Semua itu wajib dilalui. Sebagai seorang anak seni (karyawan), sifat rebel pasti ada pada setiap dari kami. Untuk bermuka-muka bagi mendapatkan projek, itulah yang Riza failed! Failed! Failed! Riza tak bleh blah la! Haishhhh....
Mahu atau tidak, dek kerana minat dan kemahuan yang mendalam dan telah menjadikannya sebagai sumber periuk nasi Riza, Riza harus meneruskan juga perjalanan yang dirasakan pincang ini. Apatah lagi Riza telah meyakinkan ayah yang bidang ini menjanjikan masa depan yang baik buat Riza jika sanggup berusaha keras. Ayah melepaskan walaupun dalam berat. Ayah mahu Riza teruskan dalam bidang perguruan ataupun accounting sepertimana yang telah Riza ada laluan dan sijilnya. Semuanya Riza ada untuk meneruskan perjalanan tapi bidang yang ini juga yang Riza dok hadap setiap hari. Kenapa???
Sebab jiwa yang ada di dalam setiap dari KAMI anak-anak AFM, tidak ada pada orang lain. Ianya begitu eksklusif dan wajar diteruskan!
Sebelum berada di AFM, Riza telah mengikuti kelas teater selama tiga tahun lebih. Riza sedar bukan hanya lakonan semata yang Riza boleh capai. Dari pentas, Riza sudah didedahkan kepada teknik pengarahan dan pembikinan sebuah pementasan. Sewaktu di tahun pertama AFM, Riza dan rakan-rakan persatuan teater telah memasuki pertandingan Drama Asia. Riza telah gabungkan teknik filem dan pentas untuk diaplikasikan di dalam persembahan. Alhamdulillah semua anugerah kami sapu bersih! Riza menulis skrip, mengarah dan berlakon.
Dari situ Riza menjadi lebih yakin untuk berada di pentas seni. Riza bukan naik dengan mudah dan Riza tidak akan mengalah dengan mudah dan tidak sesekali akan mensia-siakan apa yang ada di dalam diri, InsyaAllah...
Tolong ingatkan Riza, tolong kejutkan Riza bila diri ini lemah dan jatuh kerna Riza insan biasa yang berhati lusuh....
No comments:
Post a Comment