Thursday, June 25, 2009

Festival Teater Mulai 1 Julai 2009

Aksi D dalam Monolog 'D'

Inilah D yang diperkatakan Riza selama ini. D beraksi di Taman Budaya sewaktu pelancaran Festival Teater Gerak & Rasa Kuala Lumpur selama kurang lebih dua minit sahaja pada hari Selasa, 23hb Jun 2009. Persembahan penuh pada 1 Ogos di lokasi yangs sama!

Memperkenalkan D! Ini cuma pengenalan. D yang sebenar pasti anda tidak akan dapat mengenalinya. Temui D yang sebenar-benarnya pada malam 1 Ogos!

D mencari di mana diri

D cari di mana hilang

D cari di mana erti

D cari kekasih hati

D cari kewarasan diri

Saksikan D ~ 1 Ogos 2006
8.00 malam
Taman Budaya ( Bersebelahan Balai Polis Trafik, Jalan Bandar )
Kuala Lumpur

**********

Thursday, June 18, 2009

Doakan Adik Nur Yuslina Yang Sedang Koma

Bersama Nur Yuslina. Gambar yang sempat kami rakamkan. Terima kasih kepada dua INA yang memberikan sokongan moral yang cukup padu kepada Riza, NUR YUSLINA & SALINA MOHD SOBRI

Di pagi Khamis yang hening, Riza menyambung kembali dan mengolah lagi monolog D. Sedang enak menaip dengan idea yang mencurah, tiba-tiba keluar jendela bual Yahoo ( IM ). Sal yang sebelum ini menyatakan kesibukan memanjang tiba-tiba akan datang lagi ke Kuala Lumpur pada besok hari sedangkan dia cukup sukar untuk mendapatkan cuti dari kerjanya di Pulau Pinang.

Walau cuma berbual melalui kata-kata yang ditaip di alam maya ini, Riza pasti setiap patah perkataan yang ditaip dan diluahkan penuh dengan nada pilu dan resah kerana sepupunya yang baru sahaja ditemui empat hari yang lalu, kini tidak semena-mena terlantar di hospital tanpa bicara. Sedangkan Riza yang baru pertama kali bertemu dan bergambar dengannya juga terasa keresahannya, apalagi kakak saudaranya yang begitu mengambil berat tentang adik sepupunya.

Riza dapat melihat keakraban mereka. Riza lihat keceriaan mereka. Walaupun Nur Yuslina cuma menemankan sepupunya ( SAL ) sewaktu kami membincangkan mengenai Teater D, sesekali mereka mencelah juga perbualan kami apabila timbul isu-isu yang menarik terutama ketika kami mengusik Sal yang kuat makan tapi tidak menunjukkan tanda-tanda tubuh badannya akan naik. Riza berseloroh mengatakan cuma satu je ubat untuk Sal berisi,"Dia kena kahwin!". Ina setuju dan ketawa kecil malu-malu.

Ina lebih banyak mendengar pada hari tersebut tapi senyuman tetap menguntum. Riza sempat tanya kepadanya,"Kenapa diam saja." Jawapannya, cuma sekuntum senyuman yang diberi. :)

Berita dari Sal pada pagi ini, empat hari selepas kami bertemu amat mengejutkan!

Ina kini berada di dalam wad ICU. Pagi semalam ( RABU ) diberitakan abang Sal kepadanya, Ina tiba-tiba jatuh pengsan tanpa sebab. Riza kira sudah lebih 24 jam Ina berada di dalam keadaan koma. Menurut Sal, doktor telah mengambil air dari tulang sum-sumnya untuk mengenalpasti penyakit Ina. Ina dikatakan tidak mempunyai apa-apa penyakit sebelum ini.

Nur Yuslina yang baru berusia 20 tahun memerlukan doa kita semua. Anak gadis yang masih muda belia yang baru berjinak-jinak dengan kehidupan sebenar, perlu diberi peluang untuk meneruskan hidup yang sihat walafiat seperti kita. Siapalah kita hendak melawan takdirNYA.

Sama-samalah kita berdoa demi kesihatan Nur Yuslina agar Yang Esa menyembuhkan dia, agar sepupunya yang baik hati, Salina tidak akan gusar mengenangkannya... Amin...

***************************************************************************

Tuesday, June 16, 2009

~ Monolog D ~


Persembahan 'monolog D' akan dipersembahkan oleh saya, Shahriza Mahmud pada 1 OGOS 2009, jam 8.30 malam bertempat di Taman Budaya Kuala Lumpur. Pada sesiapa yang sudi menghadirkan diri untuk memberikan sokongan, silalah hadir. Tempat terhad kerana ianya PERCUMA untuk pusingan pertama ini! ;)

Riza tak boleh bercerita panjang tentang kisahnya kerana perlu merahsiakan buat sementara waktu kerana ianya akan dinilai sempena Festival Teater Malaysia.

Teater penuh D sedang dalam proses pre-produksi dan dijangka akan dipersembahkan mulai awal tahun 2010. Riza memerlukan tajaan dari sesiapa sahaja samada individu mahupun syarikat. D akan dibawa persembahannya ke seluruh negara mengikut kesesuaian bajet yang diterima.

Lagu tema D yang mendayu sedang dalam proses penyusunan muzik. InsyaAllah ianya bakal dinyanyikan oleh seorang penyanyi yang bagus vokalnya dan InsyaAllah penyanyi tersebut akan berlakon di dalam Teater D!

Secara dasarnya, kisah D menceritakan tentang seorang gadis yang terhimpit dengan keadaan fizikalnya yang tidak menarik dan kehidupannya yang dirasakannya tidak adil sehingga memaksanya untuk membunuh! Sudah tentu ada pelbagai kejadian yang berlaku yang telah melemahkan mentalnya sehingga terhasut untuk tidak berfikiran waras!

Walaupun D seorang gadis periang dan disayangi ramai, namun dia tidak dapat lari lari hukum undang-undang.

Penulis monolog D, Shahriza Mahmud.
Penulis bersama Teater D, Yusrikar Bahar dan Shahriza Mahmud.


Doakan kejayaan D!

******************