Sunday, July 26, 2009

~ TIADA KATA SECANTIK BAHASA, TIADA NAMA SECANTIK JASA, YASMIN AHMAD ~


Apa lagi yang perlu dibicara,
bila tiada lagi kata yang sempurna,
longlai bibir ini menceritakan segala..

Hanya getaran yang terlalu hampir dengan kolam mata yang tak tahu apa-apa.. Sinarannya spontan dari pancaran hati ke minda yang menyatakan rasa kasih dan tersentak dengan pemergian demi pemergian yang semakin meresahkan dan menyedarkan..

Ya Allah,
rahsiaMU tiada siapa yang tahu..

Hanya doa mampu kutitip,
agar Kau pelihara rohnya.
Tempatkanlah dia di sisi yang terbaik.
Amin...

Shahriza Mahmud
26 July 2009
12:28

Wednesday, July 15, 2009

Am I Looking Better? ;)


Pucat tapi tetap bersemangat untuk sembuh, kemudian berjalan, berlari dan menyelam! ;) InsyaAllah dengan izinnya dalam waktu terdekat, Riza akan berlari lebih pantas dari biasa!


Boleh kan? Hehe!


Monday, July 13, 2009

Aduhai Landak, Aduhai Gatal, Miang!!

Ini tangan ye, bukan kaki! ;)

ISNIN: 13 Julai, 2009.

Seawal jam 5.30am aku dikejutkan lagi oleh misi yang saban pagi datang menyuntik antibiotik ke dalam urat lengan kananku. Setelah semuanya selesai, aku mencapai tongkat yang menjadi pembantu peribadiku sejak kejadian tempohari. Ternyata ada penyakit baru yang timbul, mungkin kesan dari suntikan bisa landak laut ( sea urchin ) yang memangsakan aku pada 1 Julai yang lalu. Sebelum ini kusangkakan 30hb. Jun. Rupanya kiraannku tersilap sehari. Mungkin kerana tidak mahu berfikir panjang lantaran kesakitan yang kualami.

Kulihat kaki yang semakin surut bengkaknya kini membengkak semula! Patut lah sewaktu berdiri terasa berat semacam. Aku tidak faham. Hari ini seharusnya semua bengkak akan surut dan aku akan dibenarkan pulang..

Aku berbaring di atas katil sambil membelek kakiku dan berfikir di mana silapnya. Aku mengambil tisu basah dan mencuci muka dan terlihat di dadaku ada bintik-bintik merah. Lantas kuperiksa ke seluruh tubuh. Adus! Alahan apa pulak ni? Seluruh tubuh ada bintik-bintik merah kecuali tangan dan paras lutut ke bawah kaki kanan.

Semalam, aku mula terasa miang yang amat sangat di dalam kaki kiri yang membengkak dek kerana bisa landak laut itu. Walau kutahan namun akhirnya aku tewas setelah gatal-gatal itu tidak mahu hilang walau misi telah memberikan pil untuk menghilangkan rasa perit itu. Katanya aku sepatutnya mengantuk. Namun itu tidak langsung terjadi. Aku akhirnya terpaksa menggaru dan menggaru sehingga merah seluruh kaki.

Apabila doktor datang, macam2 persoalan timbul. Semua tidak menyangka bengkak itu akan datang lagi. Doktor lantas menukar antibiotik lain dan memberikan ubat alahan.

Menjelang SELASA, 14 Julai:

Ini Landak Laut ( Sea Urchin ) yang tembak duri dan bisa kedalam kakiku! ;)

Malam hari 13 Julai hingga awal pagi 14 Julai, gatal dan miang di bahagian dalam kaki menjadi-jadi. Ubat yang sama diberikan untuk menghilangkan gatal. Again! Mengantuk tidak, gatal masih menyerang! Sehingga jam 3.30 pagi aku cuba untuk melawan nafsu untuk menggaru. Aku tewas lagi! Namun kali ini, aku gunakan selimut untuk menggaru bahagian kaki yang sedia merah dan gatal. Aku selang seli dengan menyapu air penawar yang dibawa ayah dan emak.

Akhirnya aku tertidur. Mungkin baru nak terlelap, jam 4.3o pagi misi datang lagi memeriksa tekanan darah. Jam 5.30 seperti biasa, masuk antibiotik lagi. Hemm.. Tak rehat juga.. Lepas tu, cleaner masuk, lepas tu breakfast sampai, lepas tu doktor datang, lepas tu nurse masuk, lepas tu dan lepas tu dan lepas tu.. hehe..

Baru sekejap tadi dalam jam 1pm masuk antibiotik lagi.. Kaki masih terasa berat dan miang tapi masih menahan. Bila bangun untuk cuba berlatih berjalan menggunakan tongkat, terasa kaki berat semula kerana darah dan bengkak turun semula kekaki. Bila lepak atas katil dengan kaki di atas bantal, ianya akan susut.

Fuh! Kalau macam ni, bila boleh berjalan dengan selesa? Aku terima takdir ini dengan redha, aku harus menunggu walau sampai bila-bila. Aku mendapat kurniaan terbesar kerana bukan semua orang boleh melewati pengalaman sebegini.. Alhamdulillah.. InsyaAllah akan aku lebih berhati-hati di lain kali dan kiranya ada yang tercedera, aku boleh berkongsi pengalaman bersama!

Doktor yang datang pagi tadi kata, bengkak dan gatal akan datang dan pergi dan ianya mungkin akan berterusan sampai... err...sampai... sampai bila?? Tiada kata pasti!

Adus! Gatal lah pulak rashes ni.. Nak garu jap!! ;)

Hemmmmmmmmmmmmmmmm...................................................................................

Saturday, July 11, 2009

Kesan Serangan Landak Laut < SEA URCHIN >

18SG!
AMARAN OLEH KERAJAAN DIARI LUSUH.
KALAU TAK BERANI JANGAN TENGOK. Hehe!

Tanggal 29 June, Riza menyelam lagi di Pulau Perhentian menemankan Saddiq mengambil lesen Open Water. Sebelah pagi bantu Abg Mie, my 'sifu' diver mengajar a group of 50 students for discovery diving. Petang turun Shark Point.

30hb. tengahari turun D'Lagoon. Selepas 10 minit menyelam, Riza terasa terlalu berat. Rupanya terlebih weight ditambah wet suit baru. Riza landed on the sand. Clear. Waktu nak kayuh naik tiba-tiba kaki kiri kebas terasa seperti dibius. Riza pusing kebelakang, rupanya fin terkena 'sea urchin' yang sedang lepak bawah coral. Memang tak perasan dia sebelum tu.

Riza terus pegang kaki kiri dan kayuh naik ke permukaan dengan bantuan Jobot Diver. Waktu ni kami dah agak jauh dari bot dan ombak agak tinggi. Ceritanya panjang tapi sekarang Riza menaip menggunakan tangan kiri sahaja sebab tangan kanan ada tiub antibiotik. I am still in the hospital.

SO, tengok gambar dulu ya! Nanti bila ok, Riza sambung cerita. ;)