...Awal Bicara Bismillah, Kuatur Semula Langkah... **Dulunya 'Diari Lusuh Shahriza Mahmud'** ..Bila Terlalu Banyak Perkara, Akhirnya Tiada Perkara..
Thursday, June 09, 2011
TIGA Perkara...
Pejam celik, pejam celik, rupanya dah empat hari Riza tidak menulis apa-apa di sini.. Lusuh lagi diari ini.. :) Begitulah adanya kalau sengaja menyibukkan diri tatkala tidak ada apa-apa yang menarik yang hadir di dalam hidupku..
Sebut tentang menarik, ada tiga perkara yang hendak Riza luahkan pada hari ini..
PERTAMA; Sebelum 5 Februari 2011, Riza sentiasa mengelak untuk berkunjung ke rumah orang kahwin / kenduri / majlis persandingan.. Bukan fobia tetapi tidak selesa.. Walau seringkali menepis dan melawan rasa itu, namun jauh di lubuk hati, Riza sebenarnya menafikan realiti diri yang tidak daya mengelak dari pelbagai rasa..sedih, pilu, cemburu, terkenang kisah lalu dan pelbagai rencah yang berkecamuk. Sebolehnya Riza akan elak dari berkunjung ke majlis sebegitu kecuali ada sebab kukuh yang memaksa. Namun kini, Riza berasa cukup senang... Oh ya, satu lagi, dulu Riza fobia tengok gambar-gambar persandingan teman-teman! :) Di saat itu juga fikiran Riza akan melayang jauh..Namun sekarang, setiap kali ternampak gambar pasangan yang baru diijab di mana-mana blog atau facebook, Riza akan mengambil sedikit masa untuk mengintai-ngintai 'posing2' derang yang romantik amat gitu! :)
Gembira dan bertuah rasanya. Inilah kali pertama Riza merasai nikmat kelainan yang tidak pernah dirasai sebelumnya. Antaranya, buat pertama kalinya dalam seumur hidup, inai penuh di jari jemari, buat pertama kalinya bersanding di Alor Setar. Terima kasih kepada IRAS PRESTIGE yang menjadikannya satu kenyataan walau dalam waktu sesingkat 24 jam menyedia dan menyiapkan pelamin baru buat Riza dan Saddiq. Terima kasih untuk sepasang baju putih 'cream' buat acara akad nikah yang berlangsung di Masjid Rafeah, Taman Uda, di mana itu lah pertama kalinya Riza diijabkan kepada Saddiq di Masjid yang cukup nyaman dengan qariah masjid yang cukup mesra dan 'sporting'.. :)
KEDUA; Boboi pergi sebelum sempat melihat Riza di hari bahagia 5 Feb 2011... :'(.. :(. Boboi pergi sebelum Ramadhan 2010.. Masih baru, belum setahun.. Sejak kecil, Riza tidak boleh hidup tanpa ditemani seekor kucing.. Bila ada yang pergi, Riza akan terus mencari pengganti...namun..setelah Boboi..sehingga kini Riza tidak ada 'siapa2' sebagai penggantinya...Bukan tidak ada dan bukan tidak boleh tetapi kesedihan itu tidak mahu pergi. Kerinduan itu terlalu kuat. :( Hari ini ianya bertambah kembali apabila Riza melawat blog Rosmawati Yusof yang baru saja menjadi 'follower' Riza. Bagi membalas kunjungan, Riza juga 'follow' Rosmawati..Pabila berada di blognya, sudah tentu Riza akan bersiar-siar seketika di lamannya. Ternyata, Riza masih tidak dapat menahan sebak merindukan Boboi. Kini fobia berkunjung ke majlis persandingan telah bertukar kepada fobia untuk melihat dan menghayati wajah-wajah sang kucing comel.. huuhuuu... :( Sebolehnya Riza akan mengelak TAPI siapa yang dapat menidakkan tarikan makhluk manja kesayangan Nabi Muhammad s.a.w itu.. Beberapa tahun yang dipinjamkan Tuhan bersama Boboi, hanya dia tempat Riza mengadu, Boboi tahu kesedihan dan amarah Riza..Boboi pandai memujuk..Bila Riza menangis, Boboi akan tenung muka Riza dan duduk rapat agar tubuhnya yang panas itu menyentuh hati Riza..Dia akan mengiau 'bercakap' dengan Riza sampai Riza tertawa sendiri.. Bila Riza marah, Boboi akan bermanja lebih-lebih sampai Riza kesal dengan kemarahan itu.. :( BOBOI, I LOVE YOU, I MISS YOU..ALWAYS.. :'(
KETIGA; Rezeki dari Allah datang dari pelbagai arah, dengan pelbagai bentuk dan dalam waktu yang tidak menentu. Riza amat memerlukan 'job' lakonan sekarang. Bukan untuk populariti tapi itu sudah menjadi 'periuk nasi' yang semakin berkurangan isi di dalam pinggan. Setelah tiada apa-apa yang berubah, Riza pulang ke Alor Setar dengan harapan untuk mencurah ilmu kepada anak-anak Kedah dan sekaligus menghadiri majlis perkahwinan jiran yang akrab bagaikan keluarga sendiri. Ujian yang Allah berikan berturut-turut buat Riza. Setelah beberapa program dibatalkan di saat akhir dan tidak dibayar oleh pihak yang menjanjikan rezeki setelah titik peluh ini tumpah ke bumi dan masa berlalu dengan bebanan di bahu *semoga Allah memberi balasan setimpal,amin*, Riza berusaha dengan cara yang lain walaupun keadaan sudah kritikal. Nak dijadikan cerita, sewaktu di Alor Setar Riza menerima panggilan yang ditunggu-tunggu dari As, Penolong Pengarah Erma Fatima yang menawarkan watak isteri yang didera. Alhamdulillah! Hanya Allah yang tahu betapa bersyukur dan gembiranya hati ini bukan kepalang!
Setelah beberapa saat berbual di telefon, hati ini direntap kembali... :( Mereka mahukan Riza berada di KL seawal pagi esoknya. Bila Riza tengok jam, waktu sudah jam 11 malam..Kali ini Riza tidak memandu pulang, sebaliknya menumpang tunangan adik.. Nak naik bas, dah tengah malam..nak naik teksi? $$$.. Setelah dicampur tolak dan keadaan yang tidak sesuai, apatah lagi Riza dah lama tidak pulang menjenguk emak ayah.... TAWARAN itu terpaksa Riza tolak dengan berat hati... :( Bila berada di KL, tak ada yang nak panggil..bila di kejauhan, datang pula ia.. Kuasa Allah..DIA yang lebih tahu kenapa terjadi sedemikian.
Itulah TIGA perkara yang menyentuh hatiku untuk kubicarakan, kumuntahkan ke Diari Lusuhku pada pagi ini..
...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment