...Awal Bicara Bismillah, Kuatur Semula Langkah... **Dulunya 'Diari Lusuh Shahriza Mahmud'** ..Bila Terlalu Banyak Perkara, Akhirnya Tiada Perkara..
Tuesday, May 10, 2011
Jatuh, bangun atau jatuh dan jatuh..
Sebenarnya kita mempunyai ramai talent yang cukup bagus dari pelbagai peringkat umur dan jantina TETAPI ramai yang tidak berpeluang menampilkan bakat atas pelbagai halangan. Kebanyakannya ada di syarikat2 besar, di pusat pengajian tinggi dan di sekolah-sekolah. Bagi pelajar, ada tekanan dari keluarga dan guru. Bila sudah ke menara gading, tekanan untuk lulus cemerlang sebelum bergelar siswazah dan bila sudah bekerja mereka lupakan hasrat kerana menumpukan pada kerjaya dan keluarga bagi masa depan yang lebih menjamin. Yang tinggal hanyalah tapisan dari orang seni sebenar. Walaupun saringan itu bercampur abuk dan pasir, ianya tetap memainkan peranan kepada perkembangan industri.
Selain bakat dan peluang, anak seni harus ada pelajaran dan ketabahan. Kalau cuma ada salah satu darinya, maka ianya tidak lengkap. Bila tidak lengkap, mudah benar kita diperlekehkan. Bila sudah ada ilmu yang lengkap, masih sukar untuk menapak dengan kukuh. Semuanya kerana persaingan cantas mencantas. Yang punya ilmu dan pengalaman seni, masih boleh tertinggal di belakang kerana yang pandai ilmu bodek membodek yang selalu memenangi saingan di pasaran terbuka ini..
Pun begitu, bukan semuanya begitu. Ramai yang merajuk kerana ramai yang teraniaya. Ramai anak seni yang melarikan diri dari dunia yang dibinanya, kerana tidak lagi sanggup hidup di alam kepura-puraan.
Cabang seni terlalu banyak. Dunia seni seluas dunia IT yang tiada sempadan. Maka apa yang diperkatakan di sini tidak tertakluk kepada dunia glamor semata-mata. Percayalah, tidak ada yang peduli, tidak ada yang kisah, tidak ada yang ambil tahu tentang berapa ramai yang sudah meletakkan tanda titik di dalam karier seni masing-masing. Bukan disebabkan sudah sampai waktu persaraan tetapi atas desakan pelbagai. Adakah aku juga menuju pintu yang sama? Wallahualam....
Penat bukan juga tertakluk kepada penat tubuh badan tetapi penat minda. Penat minda bukan bererti penat berkarya TETAPI penat dengan kerenah 'orang-orang'. Orang-orang yang terlalu payah untuk kuhuraikan kerana ianya akan membuka cerita yang kasar dan kurang ajar.
Makanya, kau tulislah apa saja yang kau mahu. Ini diarimu.. Yang lusuh dan berabuk itu kamu. Biarkan kamu di dalam mindamu, biarkan 'orang-orang' itu dengan permainan mereka. Persetankan.
Ya Allah, aku akan terus bermohon agar diberikan kesihatan terbaik buat kedua orang tuaku, berikan kebahagiaan dan ketenangan buat mereka. Selebihnya buat diriku, suami dan adik beradikku serta rakan-rakan yang sudi menjadi sahabatku tak kira di mana mereka berada.
Semoga masih ada lebihan rahmat dan rezeki buat kami... Amin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ya..betul tu. ini berlaku kepadaku sendiri. bilakah Tuhan akan mengizinkan peluang untukku berkarya krn di minda ini segugus satu macam ilham seni, berbagai seni. salah satunya seni sastera dan filem yg menjadi idamanku. ianya untuk kuluahkan seribu satu macam isu yg berlegar di sekitarku ke dalam visual layar perak...sejarah tanahairku, pejuang2 bangsaku,agamaku,dan tanahairku akan ku paparkan ke khalayak yg masih tidur dan masih mimpi glemor...ya Allah! mereka masih lupa lapar dan dahaga isu yg lebih membina, isu teladan dalam hidup.semangat patriotik.dan mempertahankan daulat bangsa. mereka ditipu dgn hiburan melest melalaikan yg membuat mereka terumbang-ambing tiada jatidiri. ya ilahi.amin
tidak ramai yang berpeluang merealisasikan visi mereka. yang berpeluang belum tentu terbaik. mungkin mereka bagus tetapi khalayak berhak mendapat yg lebih bagus dikalangan mereka yang tidak berani menampilkan diri, mahupun yang disekat penampilan mereka oleh pelbagai cabaran.
semoga Abqariat akan diberikan ruang itu dan mendapat tempat yang sepatutnya...amin...
Post a Comment