Monday, January 12, 2009

Karat Pintu Hatiku..



Rasanya sudah jarang aku menulis kini. Kenapa? Aku tidak pasti kenapa kemalasan ini semakin bertambah, sedangkan kreativitiku melonjak setiap saat mahu keluar dari kotak fikiran yang sempit ini.

Mungkinkah kerana aku sudah terpengaruh dengan rasa itu? Kesunyian yang selama ini aku sorokkan di celah pintu hatiku yang semakin berkarat?

Payah...Sukar untuk aku gambarkan. Kerana itu, sulit untuk aku luahkan dengan tulisan. Itulah barangkali puncanya. Banyak yang masih berlegar di sebalik pintu yang berbunyi bingit itu, setiap kali kucuba menolak untuk membukanya..hemm....

Tuesday, January 06, 2009

Surat Khabar Lama


Salam sahabat salam 2009,

Terlalu banyak yang ingin kuperkatakan. Masih banyak yang tidak sempat kucoretkan samada di atas kertas mahupun ke dalam komputer riba yang tidak pernah berenggang dariku sebagaimana Boboi kucing kesayangan yang menjadi teman setiaku yang asyik melekat di sebelahku ini!

Sebenarnya sewaktu aku berkira-kira untuk menulis sesuatu tetapi tidak pasti di mana mahu kumulakan coretan ini kerana terlalu banyak yang berserabut ataupun mungkin belum tersusun kemas kembara 2009 yang masih bertatih kumulakan ini, aku pandang sekeliling dan sebuah buku tulisan S.H.Alattas mencuri tumpuanku. Buku berwarna merah dengan tajuk Surat Khabar Lama menjadi ayat pertama untukku.

Kujadikan ianya sebagai tajuk dan selebihnya akan kufikirkan dan kucurahkan tanpa sempadan di sini. Maksudku garapan yang tidak mahu kufikir terlalu dalam. Biarkan ianya datang mencuruh dari mindaku, terus ke jari yang menaip pantas ini.

Biar kusentuh sedikit tentang buku Pak Habib yang menjadi buah tangan istimewa yang kubawa pulang dari University Of Life, Janda Baik. Hadiah istimewa ini kuterima sewaktu semua rakan yang lain bersama program Seni Budaya anjuran Jabatan Kebudayaan Wilayah Persekutuan telah pulang. Buku terakhir yang kuterima ini tidak semua yang menerimanya.

Apabila kuselak helaian demi helaian kulihat ada puisi-puisi semangat yang amat kuminati. Lantas aku berkata kepada Pak Habib,"Pak,kenapa tak berikan semalam. Tentu saya akan mendeklamasikannya sewaktu majlis penutup bengkel!". Amran Nasrudin dan Zaifri menyampuk,"Tak pe lah, kita buatlah sekarang.".

Secara spontan, kami yang tinggal lebih kurang 6 orang terus mendeklamasikan puisi-puisi dari buku Pak Habib dimulai oleh diriku yang cukup membara dengan kerinduan berpuisi bersama teman-teman lama. Dapat kulihat keriangan dan riaksi terperanjat serta terharu Pak Habib yang tidak menyangkakan acara santai puisi terjadi secara tiba-tiba!

Kami benar-benar terharu. Pak Habib terus menyarankan agar program SEPETANG BERSAMA PAK HABIB diadakan pada waktu yang akan ditentukan kelak!

Tengok! Sebenarnya ada benda lain melintas difikiran sewaktu terlihat buku SKL dan rasanya nak tulis perkara lain tapi yang ini yang tercetus dulu. Bagai yang dikatakan, aku hanya mahu menulis, tak kiralah apa yang terkeluar..Cukuplah dulu..

Monday, February 25, 2008

Cheap Holiday! Jalan-jalan Makan Angin!



Riza suka makan angin.. Lawat dan rehat di tempat yang indah-indah. Riza suka laut, bukit-bukau, hutan dan tempat-tempat yang sejuk.. Paling dekat dengan KL yang mudah sangat untuk lari dari kesibukan KL dan bila kebosanan semakin mencengkam..Genting Highland.

Bukan nak promote Genting tapi Riza memang suka naik ke sana untuk menghirup udara segar. Tak perlu sewa bilik, tak perlu buang duit main game yang beribu kat sana..cuma mencuri angin segar je.. Kalau time poket kosong pun boleh pergi juga kalau dah tension sangat. Kutip-kutiplah duit tabung untuk lepaskan duit minyak dan tol cukuplah. Janji bila balik nanti otak rasa segar untuk sambung kerja!

Kalau nak ikut Riza camping kat Janda Baik, jom lah.. Jungle tracking pun best gak. Tidur semalam dalam hutan..hemm..

BY the way, kalau klik link GO HOLIDAY yang kat bawah ni, ada banyak pakej yang disediakan. Cubalah cari tempat yang sesuai untuk lepaskan tension.. :)

GOOD LUCK!