Friday, June 12, 2009

Takziah. Hanya Doa Mengharapkan Ketenanganmu BersamaNYA..

Sewaktu latihan Teater Ya YB arahan Abdullah Zainol.

Dua hari telah berlalu sejak pemergiannya pada tanggal 10 Jun 2009 sekitar jam 1 petang. Bukan Riza tidak sempat untuk mencoretkan sesuatu tentang pemergian Allahyarham Shukri Hashim tetapi hati ini dan pemikiran ini serta jemari ini tidak tergamak untuk menyebut nama dan mengenangnya dek kerana kepiluan yang cukup ketara. Ini mungkin kerana Riza agak tersentak dengan berita pemergiannya.. :(

Riza pernah beberapa kali berlakon bersama Allahyarham dan telah lama mengenalinya. Sebagai pelakon dan sahabat di dalam bidang lakonan, Riza tidak pernah menyangka bahawa Allahyarham mempunyai hubungan keleluargaan dengan Riza sehinggalah sewaktu kami mempersembahkan teater YB di pentas MATIC. Riza telah menjemput Pak Lang dan Mak Lang Riza untuk menonton. Apabila selesai persembahan, Riza keluar ke depan dan melihat Allahyarham rancak berbual dan bergelak ketawa dengan Pak Lang Riza. Rupanya mereka saling mengenali, malah Pak Lang menyatakan bahawa kami punya hubungan keluarga.

Seingat Riza, sepanjang mengenalinya, tidak pernah ada cerita negatif atau apa saja ketidakpuasan hati dari sesiapa pun terhadap Allahyarham. Dia tidak pernah bercerita perkara yang buruk atau yang tidak baik tentang seseorang kepada Riza. Allahyarham cukup bersemangat apabila bercerita tentang dunia seni dan bagaimana untuk menangani segala permasalahan yang melanda anak seni jika berhadapan dengan sesuatu situasi yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal.

Hanya Allah yang mengetahui rahsia sebenar kenapa Allahyarham dijemput mendahului kita. Riza redha. Takziah kepada isteri dan keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan disayangiNYA... Amin...

Al-Fatihah..

*

6 comments:

Anis Tajudin said...

Al-Fatihah buat arwah....semoga rohnya dicucri rahmat. Amin. Hilang lg satu permata dalam dunia seni

Shahriza Mahmud said...

amin..

:( Bakatnya cukup besar.. datang dariNYA jua..

D'Rimba said...

tak datangke di Istana Buday semalam Acara Baca Puisi Utusan?

Ogie said...

Salam...

Tiada Shukery Hashim dalam dunia drama selepas ini......hambar kak Ogie rasakan...dia aktor versatile....we lost a diamond....Al-Fatihah

Shahriza Mahmud said...

Yeap.. he was, indeed.. :(

d'rimba, ada hal lah semalam.. ;)

matahari said...

dan pada 15 september lepas, pengarah teater Ya YB, Abdullah Zainol pula telah kembali ke rahmatullah. Al-fatihah.