Mungkin ada aku di celahannya
Mungkin tiada aku di antaranya
Mungkin satu darinya adalah aku
Mungkin ikatan aku reput dahulu
Mungkin aku yang keliru
Mungkin aku terburu-buru
Mungkin aku,
langsung bukan aku..
Shahriza Mahmud24 Mei 2009 ~ 1.04am.
Puteri Resort,
Melaka.
3 comments:
Salam...
...saya suka melihat aksi Shahriza setiap kali menjiwai watak...
...rindu kelibat kamu...
...teruskan berkarya!!!
salam xiiinam..
Terma kasih yanng tidak terhingga kerana menghargai kerjaya dan lakonan saya.. ;)
Tonton MASAK LOMAK CILI API, TV2, 8.30pm setiap SELASA! ;)
USAHA JAYA NIKMAT SEMUA
oleh Yusrika Bahar
Bila kau buat kerja yang kau suka
Mesti kau bangga
Tahniah walau kau kata bukan kerja kau sorang.
Benar memang benar.
Peranmu beri impak.
Maka ada yang menerima
Maka ada lanjutan kesinambungan
walau orang lain sambung kerja
Tapi kau juga ada sumbangan
Kau juga patut terima pujian
Walau tak melangit mana
Tapi cukup untuk mengorak langkah kedepan
cukup untuk menikmati kepuasan
Aku tahu kau masih mengejar impian
Aku tahu kau masih mencari diri
Aku tahu kau masih mencari makna
dan
Aku tahu kau masih miskin ilmu
sebab aku jua begitu...cuma belum pasti jalan aku
Kau
Kejarlah
Carilah
Selongkarlah
Selidikilah
Terokailah
Buat semua yang kau nak buat
Buat hingga kau rasa puas.
Ada yang akan sokong
Ada yang akan tunjuk jalan
Ada yang akan tolong
Ada yang akan tikam belakang
Ada yang akan bagi ujian
Ada yang akan bagi imbuhan
Ada yang akan bagi macam-macam
Hingga tak terkata
Hingga tak terluah
Hingga tak terlihat
Hingga tak terucap
Hingga tak terlangkah
Gunalah segala panduan tuhan
Gunalah segala pesan ibu ayah
Gunalah segala ajaran guru
Gunalah segala nasihat ilmuan
Jangan lupa tadah tangan syukur
Jangan lupa dahi sujud
Jangan lupa tapak tanah
Jangan lupa ucap kalimah
Jangan lupa siapa KUASA
Post a Comment