...Awal Bicara Bismillah, Kuatur Semula Langkah... **Dulunya 'Diari Lusuh Shahriza Mahmud'** ..Bila Terlalu Banyak Perkara, Akhirnya Tiada Perkara..
Thursday, February 26, 2009
Pintu Hatiku Diusik Lagi..
Salam Khamis Malam Jumaat Yang Termulia,
Baru nak masuk dua hari tak menulis di sini tapi dah rasa macam terlalu lama sangat tak menulis. Hemm.. Bahaya gak tu.. ;) Sebenarnya amat memberansangkan kepada diriku yang pemalas ini kerana bila tak mahu menulis, maka aku akan menyembunyi terus. Kali ini, aku akan berusaha untuk tidak menjadi malas, insyaAllah..
Yang peliknya, di facebook, aku cukup rajin menulis. Tak banyak, sikit. Tak sikit, sekadar mencelah sana-sini, kalau dikumpulkan dah boleh buat buku mungkin! hehe!
Begini.. Sebenarnya ada beberapa perkara yang nak aku lakarkan di sini, termasuk hutangku untuk 'Hasutan Ular - Part 2'. Aku dah tulis sedikit untuk itu tapi malas menyambung sebab ada yang lain yang melintas di ketika ini.
Petang tadi, aku menerima sms dari seorang wartawan Metro Ahad. Tak perlulah kusebutkan namanya dulu sebab nanti kalian akan tahu juga apabila tulisannya dikeluarkan. Kukira mungkin tak banyak tentang aku yang akan diperkatakan kerana ianya hanyalah sisipan atau selingan dari berita utama mengenai pasangan selebriti yang diperkatakan sekarang.
Riza tak nak mengulas banyak sebab, biarlah ianya menjadi bahan eksklusif mereka. Lupa pula nak tanya bila ianya akan dikeluarkan. Mungkin Ahad ini agaknya.
Apa yang hendak Riza perkatakan ialah, sebenarnya Riza dah tutup buku mengenai kisah silam. Kali terakhir apabila Riza menjadi jemputan program majalah TV, NONA setahun lebih yang lalu.
Sejak dari itu, setiap kali berlaku insiden yang melibatkan berita pasangan selebriti artis yang mengalami peristiwa yang mirip sejarah hidupku, maka aku akan dipanggil untuk ditemuramah. Maaf, sebab Riza akan menggunakan terkadang gantidiri sebagai 'aku' dan ada kalanya sebagai 'Riza'.. ;) Ikut angin..
Selepas NONA, Riza masih dipanggil oleh beberapa orang termasuk program bersama Kak Nita, di Astro yang bercerita tentang kisah yang sama. Dengan berat hati Riza menolak, walaupun di dalam hati Riza berminat sangat program tersebut dan juga Kak Nita tetapi mengenangkan Riza mahu melupakan hakikat yang menyakitkan itu, Riza menolak dengan baik. Namun, wallahualam...Mungkin beberapa panggilan yang diterima diketika itu telah membuatkan orang di sebelah hujung talian sana tidak menyukainya..
Mungkin mereka tidak memahami dan membuat tanggapan tersendiri. Mungkin mereka menyangka, Riza menjual mahal. Segala kemungkinan pasti ada.
Apa yang boleh Riza buat sebenarnya? Mereka mahukan cerita yang sama. Mereka mahukan berita yang itu. Kalau Riza tak beri, maka Riza akan hilang terus. Kalau Riza berikan, orang akan mengeji lagi dan lagi. Mungkin kata-kata seperti,"Alah.. asyik-asyik dia dengan cerita sama!".
Hakikatnya, Riza serba salah dan dalam waktu yang sama tidak mahu mengecilkan hati wartawan yang bernada kecewa dihujung talian. Riza akan berikan apa yang diminta bila hati ini terbuka untuk berkata. Apabila hati ini berduka, Riza akan menutup pintu hati untuk berbicara.
Petang tadi, pintu hati Riza diketuk dan rela bersenandung semula lagu luka hampir 13 tahun yang lampau! Ya! 13 tahun...dan ianya masih jelas terbayang bagaikan sebuah layar putih dengan gambaran berwarna yang terbentang di depan mata, sebagaimana Riza jelaskan kepada wartawan yang cukup sopan mendengar kisah dukaku tadi...
Izinkan Riza mengundur diri lagi.. Akan kutemui kalian bersama Diari Lusuhku ini bila pintu hatiku diusik lagi..
Salam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Assalamualaikum kak! Salam sejahtera.. x sangka edan akn jmpa blog akak memalui si mulut lazer AZWAN ALI!!! Edan dh lma knal akak, almaklumlah kak kn pelakon! Bnyk drama edan tengok ug kak belakon!! Mmg best lah... :D
Paling edan ingat sesangat.. Citer KISAH BENAR! Haa kak jd mak pda ank yg slau telefon 999 2!! Nasib x tetangkap kn!!! Hehe..
Anyway edan akn mula jd pengikut setia blog akak k!!!!
K kak SLMT MLM.....
Alhamdulillah... Tima kasih edan! Tak sangka kita dapat jumpa di sini ye! Kalau terjumpa di luar nanti, jgn segan2 tegur akak ye! Kak Riza ni rabun skit! hehe!
Tak sangka awak suka 'kisah benar'? Alhamdulillah.. Jap lagi nak lawat blog awak plak!
Thanks! thanks! thanks!
Rabun? smer lahh.. nie edan pkai contact lence... hmmm insyaallah, klu jmpa terus jaa jerit! Kak RIZA!!!!!!!!! 1 penang nnt mlopong tengok... waah hahaha!!
hahaha! ok, ok! nak tunggu masanya nanti! hehe!
edan!!! ;)
Post a Comment