Monday, February 23, 2009

Hasutan Ular - Part 1


Salam Isnin yang indah dan ceria untuk dunia anda!

Hari ini Riza hendak bercerita tentang sedikit pengalaman lalu yang mencabar dan memeritkan. Pengalaman ini boleh dikongsi bersama anda yang ingin berjinak-jinak dengan dunia seni tetapi bukan di dalam bidang kreatif. Pun begitu ianya tidak boleh lari dari harus mempunyai minda yang kreatif kerana ianya berkaitan rapat dengan orang-orang kreatif.

Anda rasa berbelit sangkatkah ayat yang Riza mainkan di atas? Hemm.. Kalau anda rasakan ianya berbelit, tunggu sehingga anda tahu kisah yang lebih berbelit dari sebakul lidah ular yang bercabang tidak terkira!

Sebenarnya Riza malas nak menulis tentang kisah yang sudah lapuk dan terlalu lusuh. Namun memandangkan ianya boleh dijadikan teladan dan sempadan, maka hari ini Riza paksakan jua jemari yang malas sentiasa ini untuk menulis lagi.. ;)

Begini kisahnya.. Once upon a time.. Biarlah suspen sikit.. hehe!

Riza tak ingat tarikh yang tepat, namun ianya berlaku sewaktu pengambaran siri drama 13 episod 'Ikan Kering Nasi Hangit'. Riza dilantik sebagai Pengurus Produksi ( PM - Production Manager ) setelah lulus ujian pembentangan bajet yang berjaya 'diciput'kan mengikut kemahuan penerbit!

Drama ini dilakonkan bersama oleh antaranya Eizlan Yusof, Maria Farida, Kartina Aziz, Riza sendiri dan ramai lagi artis jemputan. Alhamdulillah Riza memang masih boleh mengimbangi kerja sebagai Pengurus Produksi dan juga pelakon dalam waktu yang sama. Malah Riza juga biasa menjadi Penolong Pengarah, Penulis Skrip dan Pelakon serentak. Terpulang pada bagaimana kita mengatur jadual dan masa serta kecekapan kreativiti untuk menyusun keperluan.

Segalanya berjalan lancar. Setelah kontrak ditandatangani, Riza perlu melantik seorang Penolong Pengurus Produksi. Kebiasaannya seorang penolong harus memenuhi keperluan dan kebolehan yang sama yang ada pada Pengurus Produksi. Yang lebih utama ialah kesetiaan, kejujuran dan kesanggupan untuk bekerja keras.

Di waktu itu, kegawatan ekonomi Malaysia cukup perit dirasai oleh semua. Oleh itu, Riza tambahkan lagi ciri-ciri untuk memilih penolong, iaitu insan yang amat memerlukan pekerjaan. Riza dengan rela hati dan penuh ikhlas telah memilih seorang hamba Allah yang Riza panggil 'abang' yang perlu dibantu. Ini kerana beliau tidak lagi mempunyai apa-apa pekerjaan, samada lakonan mahupun apa saja kerja di belakang tabir. Isterinya diketika itu sedang sarat mengandung. Anak-anaknya berderet. Walaupun pada hakikat yang lain, Riza tidak sukakan sikapnya yang meninggalkan isteri pertama untuk berkahwin lagi namun atas dasar keluarganya, Riza terima beliau.

Dengan bajet yang juga ciput, beliau sanggup menerima tugasan yang diberikan..

Panjang lagi perjalanan cerita ini TETAPI Riza terpaksa berhenti dulu buat seketika. Nantikan bahagian ke-2 pada bila-bila masa yang jelas kerajinannya.. ;)

Jangan marah ye! Sabar itu separuh dari Iman... Dah lama tak dengar orang berkata begini.. ;)

SALAM!

2 comments:

edan coba said...

Saper lah abang 2 kn..!! Hish2.. suspen jer kak.. hope smbungkn tau citer nie!! :D

Shahriza Mahmud said...

dah sambung dah... dah baca? ;)