Video Lusuh Shahriza Mahmud

Loading...

Monday, May 30, 2011

Tun Fatimah - A Stageplay by Seri Indah Theatre (S.I.T) @ HBN 2011...


Junior actors (age 13 & 14 years) showing their talents in a legendary story of the famous Malay female warrior in Malaysian history, TUN FATIMAH! Pupil of Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah, Sri Serdang, Malaysia.

********************************************************

Saturday, May 28, 2011

Tembok Putih Di tepi Kolam


Aku tembok putih yang menakung lukamu
Aku batu kaku yang menyaring sepimu
membendung hirisan pilu
yang tercari olehmu di memoir silam
akulah yang menjadi saksi
terkurung dalam karamnya deritamu
tembok putih beku ini sasaranmu
tembok mati, diam di pucuk malam
kerna kesakitanmu kini menghentak dadaku
tertusuk terkubur di rusuk tubuh membisu

Shahriza Mahmud
31 Jan 2010
Agrotek Garden Resort
Hulu Langat


*************************************************

Friday, May 27, 2011

Alasan Bullshit!


Kau, tak cukup tinggi!
Kau, tak cukup cantik!
Kau, tak cukup pendek!
Kau, tak cukup seksi!

Kau, tak cukup gemuk!
Kau, tak cukup kurus!
Kau, tak cukup ranggi!
Kau, tak cukup berani!

Kau, tak cukup umur!
Kau, tak cukup muda!
Kau, tak cukup tua!
Kau, tak cukup rasa!

Kau, tak ada PHD......
Kau, tak ada rupa.....
Kau, tak ada gaya.....
Kau, tak ada harta....
Kau, tak ada kata.....

Itu tak cukup
ini tak cukup
Semua tak kena
serba tak ada

Apalagi kau rasa?
Ada lagi tak cukup?
Kau, tak faham bahasa.
"!"

Shahriza Mahmud
Jumaat 18:48
27 Mei 2011

Thursday, May 26, 2011

Bila Minda Semakin Pulih... :)


Gambar oleh: Adda Rosli, yang melakonkan watak Tun Fatimah.

Alhamdulillah, rasa yang mencucuk bisa di tulang pinggul kiri Riza terasa berkurangan sedikit. Walaupun belum pulih sepenuhnya, sekurangnya hari ini Riza sudah boleh duduk lama di atas kerusi sambil menaip. Jika semalam dan hari-hari sebelumnya, hanya Tuhan yang tahu keperitannya, duduk tak kena, baring tak boleh. Jika berdiri baru terasa lega...hemm...lama mana pula nak berdiri? Mahu tak mahu, Riza paksakan juga untuk tidur lebih awal semalam selepas menyapu bahagian tulang yang sakit dengan minyak Habbatussauda yang emak belikan di Mekah tempohari. Kenapalah sebelum ni tak terfikir pun? Saja nak dijadikan penyebab agaknya.. ;) So, Riza minum sedikit pati minyaknya, selain mengurut perlahan di kawasan yang sakit dan Riza minum air zam-zam. Lepas tu lelap!

Walaupun tidur tidaklah nenyak, kerana asyik terjaga bila terasa ngilu setiap kali bergerak namun hari ini terasa bagai diberikan nafas semula! Riza rasa lebih selesa dan boleh berjalan lebih laju, boleh menaip lebih laju dan lebih penting dapat berfikir lebih cergas dan produktif apabila tubuh badan terasa pulih. Kalau tak dipaksa makan lebih semalam, mungkin hari ini masih lemah. Alhamdulillah!

Just about time. Esok Riza akan ke Putrajaya bagi meneruskan apa yang sepatutnya dilakukan. Katanya ada majlis penutup di Lorong Seni di sebelah petangnya pada jam 3pm dan pada hari Ahad 29 Mei, seperti yang Riza katakan sebelum ini, Riza akan berada di sana dari pagi untuk latihan bersama para pelajar Sekolah Menengah Seri Indah, Serdang ( Seri Indah Theatre - SIT ) yang akan mempersembahkan Teater Pendek dalam bahasa Inggeris pada pukul 2.30pm. Riza perlu ada seawal pagi kerana ada beberapa pertukaran yang perlu diteliti dan ini merupakan kali pertama mereka mengadakan persembahan kepada umum.

Para pelajar dari tingkatan 1 dan 2 ini tidak mempunyai asas di dalam bidang seni pentas. Ianya bermula kurang lebih dua bulan lalu apabila adik Riza yang merupakan seorang guru Bahasa Inggeris iaitu Marhafiza Mahmud meminta bantuan untuk Riza mendidik anak-anak muridnya di dalam bidang teater Inggeris sebagai medium pembelajaran Bahasa Inggeris, agar mereka akan lebih berminat dan tidak bosan. Mereka akan berasa seronok kerana setiap patah dialog yang diucapkan harus dihayati rasa dan sebutannya. Secara langsung mereka harus membuat kajian mengenai setiap watak dan makna perkataan. Sudah pasti ianya banyak membantu apabila watak yang dilakonkan juga cukup menarik. Apatah lagi skripnya yang ditulis sendiri oleh adik Riza, Fiza adalah tentang serikandi yang tersohor iaitu TUN FATIMAH.

Riza harap, rakan-rakan sudi lah hadir untuk memberikan sokongan kepada mereka kerana ianya sangat bermakna bagi penuntut yang berada di dalam lingkungan bukan dari kalangan kawasan elit yang seharian bertutur di dalam Bahasa Inggeris.

Nilai lah mereka sejujurnya demi melihat pelapis belia yang bakal bangkit dengan ilmu yang ditimba.

Jumpa Ahad ini 29 Mei, JAM 2.30 PETANG di:

Dewan Podium A,
Lorong Seni, Menara KBS,
Presint 4, Putrajaya.

************************

Wednesday, May 25, 2011

Sakit Tak Bersebab ATAU Permainan Minda


Betapa tubuh ini tidak tertahan dengan tekanan yang kuberikan kepadanya.. Buktinya, air minuman coklat yang nak ditambah air panas dari flask, Riza buka paip sinky sambil menadah cawan minuman! Nasib baik tersedar dan tak sempat buka paip! huuhuu! :( Kalau tidak, minum air paiplah jawabnya! Sebenarnya Riza dah beberapa hari tidak sihat. Flat habis! Terbaring tak bangun-bangun. Tak tahu di mana silapnya. Selepas pulang dari berjumpa teman bagi membincangkan tawaran watak untuk sebuah produksi, tiba-tiba perut meragam tak bersebab. *nothing to do with pregnancy,ok.*

Begini mulanya, minggu lepas tiba-tiba belikat kiri Riza sakit teramat sangat, tanpa sebab. Setelah solat zohor dan asar, ianya tiba-tiba hilang namun keesokannya datang lagi sakit yang sama tetapi beralih ke belikat kanan pula *mungkin juga selepas solat,tak ingat*. Esoknya sakit itu macam mencucuk-cucuk di bahagian atas dada kanan, macam sesak nafas. Esoknya pula ia hilang begitu saja dan beralih ke bahagian belakang di tulang pinggul. Sakitnya teramat sangat. Kemudian hilang. Empat hari yang lalu, selepas saja Riza tamat latihan lakonan bersama Seri Indah Theatre (S.I.T) yang akan membuat persembahan TUN FATIMAH jam 3 petang pada hari Ahad 29 Mei di Dewan Podium A, Lorong Seni sempena Hari Belia Negara, Riza berjumpa rakan pengarah bagi membincangkan tentang satu watak. Waktu keluar rumah, Riza sihat walafiat. Riza solat dulu sebelum keluar. Selepas bertemu dengannya tiba-tiba perut terasa sebu macam berasid! Tak ada punca! Tak ada makan pelik-pelik! Tak ada yang macam-macam!

Sepulang kerumah, Riza terus berfikir dan mencari di mana silapnya. Tetap tak jumpa apa masalahnya. Adakah ianya berpunca dari terlalu banyak berfikir? Memang TERLALU banyak sangat, ATAU...Riza tak mahu berfikir yang pelik-pelik. Dari sebu biasa, tiba-tiba seluruh tubuh menjadi lemah dan longlai! Riza terbaring dua hari tak bangun-bangun, tak makan dan cuma memaksa minum sikit-sikit saja. Air minuman segelas cuma seteguk dua saja Riza paksa minum. Hari pertama terbaring, Riza cuma jamah sedikit meehoon goreng yang digoreng Abi. Riza makan sebab menghormatinya yang mengambil inisiatif untuk memasak sedangkan meehoon goreng boleh menyebabkan angin bertambah dan sebu akan menjadi teruk. Riza tawakal saja. Lepas tu sehari suntuk tak makan tak minum. Esoknya Riza paksa makan 2 keping roti. Itu saja. Semalam, Riza dah tak larat, badan lemah sangat. Riza tak suka! I am too weak! :( so Riza minta tolong Abi beli nasi bungkus, walau tak selera tapi nak paksa makan untuk pulih tenaga.

Since ada sardin dalam tin yang Riza dah beli untuk standby, Abi masak nasi dan sardin. Riza makan sepinggan nasi walau pahit mulut tak dapat rasa keenakan sebenar. Oh ya, by this time actually sakit yang sebu tu dah transfer ke bahagian tulang pinggul kiri pulak!!! Sakit, bisanya teramat! Sakit sangat sehinggalah waktu Riza memaksa diri menaip coretan ini! Abi kata pelik, sebab dia kata, tak ada history severe injury to my back, so kenapa Riza boleh sakit macam ni?

Frankly, I don't know! :( :(

Err... Mungkin ke sebab dulu Riza pernah jatuh terduduk waktu main netball?...atau sebab pernah jatuh terlentang waktu mob lantai dan pakai selipar licin?...atau emm... pernah jatuh banyak kali barangkali... entah... TETAPI semuanya baik je lepas tu... yang ini lain macam je.. pelik la!

Wait! Riza pernah pergi buat check up lepas jatuh masa mob lantai, waktu tu Riza pengsan sekejap sorang-sorang... bila tersedar memang sakit giler! The next few days Riza buat check up, doktor kata semua ok! Hemmm...

Selalu macam tu, Riza sakit, Riza demam, Riza sakit apa saja, bila pergi jumpa doktor, doktor kata semua ok! Hadoiiii!! Habis tu yang dok merana sakit ni apa dia? Kenapa? Tu yang malas nak gi klinik! huuhuu!

Ops! Cukup! Cukup! Jangan merepek lagi! Tulis kat sini as a diary notes je sebab nak letak kat status fb, panjang sangat. :|

I need a rest... pening... bertambah pening sebab ada tugasan yang belum disiapkan.. Tugasan yang memerlukan tenaga minda... hemmm...

p.s:
I took 4 biji panadol actifast so far...

Saturday, May 21, 2011

Besi Beracun


dalam hati ada besi
dalam besi ada duri
dalam duri ada racun
besi cair racun berdiri

racun, racun, racun!

racun kamu
racun kami
racun semua
racun tak ingat
racun sampai mati

apa takut?
bunuh saja
dalam hati ada besi
dalam besi ada besi
mati kerana besi
bukan kerana racun
salah punca mati!

Maghrib
18 May 2011
19:35 ~ selasa ~

Thursday, May 19, 2011

Harga & Nilai


Riza telah melakukan beberapa siri jelajah bagi mengadakan bengkel Seni Lakonan di seluruh Malaysia sejak lama dahulu. Ramai yang tidak menyedarinya malah ramai yang tidak mengetahui tentang keujudan Riza sebagai seorang fasilitator dalam banyak perkara. Ini kerana Riza menjalankan bengkel secara individu tanpa sokongan dari mana-mana badan atau pihak yang menyara, menaja atau apa saja yang berkaitan sepanjang tugasan dilakukan. Kalau adapun sedikit sokongan moral dan pertolongan dari seorang dua kawan yang tinggal di merata lokasi di seluruh Malaysia seperti Salina Mohd Sobri yang berada di Pulau Pinang. Beliau amat menghargai apa yang Riza lakukan dan memahami susah senang hidup insan seni yang kais pagi makan pagi ini.

Kerana minat dan kesungguhan diri ini, makanya berkali-kali sesetengah pihak dan individu mengambil kesempatan di atas kemurahan hati ini. Kalau orang biasa mendengar keluhan artis tidak dibayar harga khidmat lakonannya, apa kurangnya Riza. Pelbagai cara yang Riza lakukan secara bersendiri untuk membuka mata dan minda para belia dan dewasa tentang betapa pentingnya mempunyai ilmu lakonan sebelum terjun ke bidang yang dikatakan glamor itu NAMUN hampir 100% usaha itu gagal kerana ramai yang mencemuh dan melontarkan kata-kata sinis,"Nak berlakon pun kena belajar ke? Saya boleh terus berlakon sebab saya memang ada bakat. Kalau ada watak untuk saya, panggil lah!".

Sedangkan yang telah lama berkecimpung di dalam bidang lakonan dan telah dikenali ramaipun belum tentu penerbit akan panggil, apalagi seseorang yang tidak pernah langsung masuk ke dalam bidang seni! Keluhan demi keluhan yang tidak pernah sudah, Riza luahkan dan hempas ke dinding. Rasa hati macam merajuk dan hilang semangat tetapi Riza masih tetap di sini. Mengharap sesuatu akan berlaku dengan jayanya.

Alhamdulillah, setelah sekian lama ada juga yang menyedari tentang kepentingan ilmu lakonan, itupun tertakluk kepada mereka yang benar-benar ingin berjaya dan mahu melihat hasil dari apa yang dikerjakan mereka menjadi yang terbaik. Riza 'salute' anak-anak muda mahupun yang telah 'senior' yang sanggup datang untuk belajar. Riza pernah mengadakan kelas penulisan skrip dengan kehadiran hanya seorang sahaja, begitu juga dengan kelas lakonan.

Bila mahukan makanan yang sedap sudah pasti ada harganya. Bila berkira untuk untuk kebaikan, makanya kita pasti akan tetap berabuk di situ juga. Tidak akan kemana-mana. Riza telah mengadakan pelbagai bengkel di merata tempat. Dari yang percuma kepada yang berbayar. Namun tidak ramai yang sanggup untuk mengeluarkan sedikit modal untuk mengutip pengalaman dan ilmu yang Riza ada untuk dicurahkan kepada mereka. Ianya amat menyedihkan apabila semua perkara yang ditawarkan diminta secara percuma oleh mereka. Walaupun apa yang Riza usahakan ini tidak mendapat imbuhan yang sewajarnya tetapi Riza tetap lakukan. Kalau orang berniaga, mereka akan kata Riza bodoh, sebab berkali-kali Riza tawarkan khidmat dengan tidak meminta apa-apa dan akhirnya diri sendiri terhutang dan terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri setelah program tamat. Apa yang tinggal hanyalah kepuasan mengajar dan anak-anak buah mendapat ilmu...namun, mereka tidak tahu samada Riza punya cukup wang untuk meneruskan hidup seharian.

Tidak perlu ditunjukkan di depan mereka, maka simpan saja, biar sendiri yang tanggung. Bila keadaan reda, rezeki Allah datang dari pelbagai cabang tetapi sementara menanti nikmat itu, hanya DIA juga yang tahu liku-liku yang dilalui.

Apa yang boleh Riza katakan di sini, Riza masih berdiri teguh di sini, menanti dan menanti. Menanti tawaran lakonan, menanti hasil tulisan skrip diterima, menanti proposal TV menjadi, menanti anak-anak seni yang masih mencari tapak untuk hadir di dalam hidup ini agar dapat kucurahkan ilmu yang tidak boleh kubawa mati ini! :(

Entah apa yang Riza merapu ni pun, tak tahu! Banyak yang terpendam, banyak yang masih bertapis. Biarlah... Biarlah ianya berkarat lagi bersama DIARI LUSUH ini...

Ya Allah, aku masih perlukan kekuatan yang telah kau kurniakan kepadaku selama ini. Jangan ambil ia dariku sehingga aku bersedia melepaskannya...amin Ya Robbal a'lamin..

Wednesday, May 18, 2011

Tepek Janji



janji,janji
berjanjilah

berani janji berani tanggung
berani janji tak serupa bikin
berani mati tak serupa canang
berani diludah tak berani meludah
berani meludah tak berani menjilat
berani apa lagi yang kau berani?
tak guna berani kalau hanya janji
janji tinggi,janji hebat sampai mati
semua bertepek najis,jijik tak terperi!

18 May 2011
Senja Selasa
19:42

HAH?


apa?
seni apa?
ada?
pernah?
apa?


apa ada pada koyak masa?
apa ada pada bazir tenaga?
apa ada pada musnah harta?
apa ada pada lapar kenyang?


ada peduli hidup mati?
ada peduli tiada beras?
ada peduli koyak poket?
ada peduli kongsi makan?


pernah kau kisah rosak jiwa?
pernah kau kisah hilang harga?
pernah kau kisah hilang santun?
pernah kau kisah hilang hormat?


apa barang hancur berkecai?
apa barang merempat sudahnya?

Shahriza Mahmud
18 Mei 2011
17:36

Tuesday, May 10, 2011

Jatuh, bangun atau jatuh dan jatuh..



Sebenarnya kita mempunyai ramai talent yang cukup bagus dari pelbagai peringkat umur dan jantina TETAPI ramai yang tidak berpeluang menampilkan bakat atas pelbagai halangan. Kebanyakannya ada di syarikat2 besar, di pusat pengajian tinggi dan di sekolah-sekolah. Bagi pelajar, ada tekanan dari keluarga dan guru. Bila sudah ke menara gading, tekanan untuk lulus cemerlang sebelum bergelar siswazah dan bila sudah bekerja mereka lupakan hasrat kerana menumpukan pada kerjaya dan keluarga bagi masa depan yang lebih menjamin. Yang tinggal hanyalah tapisan dari orang seni sebenar. Walaupun saringan itu bercampur abuk dan pasir, ianya tetap memainkan peranan kepada perkembangan industri.

Selain bakat dan peluang, anak seni harus ada pelajaran dan ketabahan. Kalau cuma ada salah satu darinya, maka ianya tidak lengkap. Bila tidak lengkap, mudah benar kita diperlekehkan. Bila sudah ada ilmu yang lengkap, masih sukar untuk menapak dengan kukuh. Semuanya kerana persaingan cantas mencantas. Yang punya ilmu dan pengalaman seni, masih boleh tertinggal di belakang kerana yang pandai ilmu bodek membodek yang selalu memenangi saingan di pasaran terbuka ini..

Pun begitu, bukan semuanya begitu. Ramai yang merajuk kerana ramai yang teraniaya. Ramai anak seni yang melarikan diri dari dunia yang dibinanya, kerana tidak lagi sanggup hidup di alam kepura-puraan.

Cabang seni terlalu banyak. Dunia seni seluas dunia IT yang tiada sempadan. Maka apa yang diperkatakan di sini tidak tertakluk kepada dunia glamor semata-mata. Percayalah, tidak ada yang peduli, tidak ada yang kisah, tidak ada yang ambil tahu tentang berapa ramai yang sudah meletakkan tanda titik di dalam karier seni masing-masing. Bukan disebabkan sudah sampai waktu persaraan tetapi atas desakan pelbagai. Adakah aku juga menuju pintu yang sama? Wallahualam....

Penat bukan juga tertakluk kepada penat tubuh badan tetapi penat minda. Penat minda bukan bererti penat berkarya TETAPI penat dengan kerenah 'orang-orang'. Orang-orang yang terlalu payah untuk kuhuraikan kerana ianya akan membuka cerita yang kasar dan kurang ajar.

Makanya, kau tulislah apa saja yang kau mahu. Ini diarimu.. Yang lusuh dan berabuk itu kamu. Biarkan kamu di dalam mindamu, biarkan 'orang-orang' itu dengan permainan mereka. Persetankan.

Ya Allah, aku akan terus bermohon agar diberikan kesihatan terbaik buat kedua orang tuaku, berikan kebahagiaan dan ketenangan buat mereka. Selebihnya buat diriku, suami dan adik beradikku serta rakan-rakan yang sudi menjadi sahabatku tak kira di mana mereka berada.

Semoga masih ada lebihan rahmat dan rezeki buat kami... Amin...