Video Lusuh Shahriza Mahmud

Loading...

Tuesday, October 27, 2009

~ Lepas Geram pada MAXIS & CELCOM. Jangan Peduli. ~

Minta maaf org2 MAXIS. Dah berbuih buat komplen. Depa kata dah mai check at my area, depa kata tak dak problem. Kalau tak dak problem, kenapa your customer yang dah lebih sepuluh tahun guna YOUR line sampai sekarang masih problem? Tengah bercakap telefon, signal full, tiba2 putus senyap, mati terus for no reason! Dah report, dah dapat jawapan tapi jawapan tetap sama! So? Nak buang nombor ni, dah lama pakai, buang nombor bermakna buang contact number yg dah semua tahu!

Paling sakit hati bila orang kata kita sengaja putuskan talian!

Broadband pula tok sah cerita lah! Nama je full bar!

I am paying minima RM245 sebulan and yet I have to face with problems from MAXIS!

As for CELCOM, dulu I register line under group package. Masa tu ada hutang dengan Digi. The person incharged ( pegawai CELCOM ) kata,"You bayar bill Digi sekarang, kita bagi 70% diskaun dari total bil." Bila tanya boleh ke begitu? Dia kata,"Kami ada special deal dengan Digi. So berlumba-lumbalah geng bayar hutang untuk subscribe CELCOM.

Recently, I nak register satu lagi broadband CELCOM yang dibeli di Imbi Plaza. Ada problem! Center kata I ada hutang dengan Digi! Satu sen pun tak berganjak! I call pegawai CELCOM yang menipu tu, dia bagi macam2 alasan. Kemana perginya duit yang kami bayar dulu???

Inilah dia perang syarikat gergasi yang MENIPU pengguna!

I belum buat laporan polis ataupun laporan CELCOM lagi sebab mamat tu pun kat dalam CELCOM!

Sakit hati! Tunggu mood untuk buat laporan. Bukan I sorang yang ditipu hidup2 oleh orang CELCOM!

Dah la tiap-tiap bulan asyik nak potong line je. Tak boleh lambat sehari! Sekarang I tak bayar bil sebab memberontak. Sebulan minima pakej seratus lebih mesti habis untuk CELCOM. Guna ke tidak ke, bayar tetap bayar!

Jangan ambil peduli entri ini. Lepas geram. Orang akan kata entri bodoh.

Biarkan!

Lagi-lagi email PENIPU!


Salam.. Riza tahu ramai yang mengetahui tentang banyak penipuan melalui email yang menggunakan nama syarikat besar semata-mata persaingan mereka di pasaran global. Pun begitu masih ramai yang tertipu terutama pengguna baru yang ghairah untuk meneroka alam siber. Kita harus menerima bahawa bukan semua orang tahu menggunakan email dan internet dengan berhemah dan sudah tentu ada mangsa-mangsa kepada mereka yang leka. Email di penghujung leteran Riza ini adalah salah satu contoh yang harus diambil berat.

Sudah diberitakan dimerata tempat bahawa penyedia khidmat email mahupun pihak bank tidak akan sesekali meminta anda memberikan password kepada mereka semula dengan pelbagai alasan, di mana ianya sebenarnya dilakukan oleh 'hackers'. Setelah mereka mendapat butiran yang mereka mahukan, maka mereka akan memporak perandakan akaun anda!

Berhati-hatilah. Sebagaimana anda tidak mempercayai orang yang tidak dikenali di alam nyata, begitulah juga di alam siber. Anggaplah setiap email yang anda terima adalah palsu. Untuk memastikan kesahihannya, berfikirlah secara logik. Jika tidak mampu untuk berfikir secara logik, cari melalui pencaraian internet ( search engine ) tentang email yang anda terima. Kalau tak jumpa juga logiknya, delete saja email yang diterima.

Mereka sekarang sudah pandai berubah-ubah kulit. Contohnya, mereka sanggup berkomunikasi melalui email untuk beberapa jangkawaktu demi untuk meyakinkan kita dan secara halus menjalankan penipuan yang dirancang. Riza pernah mendapat email seorang lelaki dari Eropah yang membuat tempahan chalet dan pakej menyelam. Bayangkan, dia telah membuat kajian tentang siapa Riza terlebih dahulu, kalau tidak dia tak mungkin tahu apa yang Riza lakukan.

Riza menjawab semua soalan dengan hormat. Kononnya ada 4 orang yang nak datang dan duduk selama sebulan. Tiap-tiap hari nak pergi menyelam kononya. Ianya berlangsung untuk beberapa ketika. Banyaklah perkara yang Riza teliti. Akhirnya apabila tiba bab pembayaran, dia menyatakan akan membayar menggunakan kad kredit yang akan dimasukkan ke akaun resort. Memang tiada masalah, tetapi bila dia kata yang dia akan membayar lebih banyak dari jumlah penuh yang sebenarnya sebanyak lebih kurang RM15,000..SATU PERSOALAN SUDAH TIMBUL kerana bayaran sebenar jauh lebih rendah. Kemudian dia kata, bila duit tu dah masuk, dia meminta Riza untuk mengambil jumlah harga pakej dari wang tersebut dan selebihnya dia minta dimasukkan semula ke akaun personal dia!

Apa maksudnya itu? Sah-sah penipuan kad kredit! Sudah tentu dia hendak menggunakan kita sebagai transit!

Riza bengang, marah, kecewa dan sakit hati sangat-sangat bilamana orang-orang kita sanggup 'forward' semua alamat-alamat email kawan-kawan di dalam address book semata-mata percaya dengan email-email penipu seperti, kononnya ada syarikat yang meminta mereka berbuat demikian dan apabila mereka forward kembali email kepada penghantar ( syarikat tipu tu ), mereka akan diberikan sebuah komputer!! Ada juga kamera, handphone dan bermacam-macam lagi. Bayangkanlah secara logik, tolong lahhhhhh...

Tak dapat bayangkan? Ok, dalm email list setiap seorang sudah tentu ada beratus dan mungkin beribu alamat email. Bila seorang rakan telah 'forward' email penipu kepada semua rakannya, setidaknya ada beberapa kerat yang terpedaya, makanya mereka akan forward lagi...lagi dan lagi.. Sudah tentu akhirnya akan jadi berjuta.. Sanggupkah orang yang kononnya 'syarikat' yang memulakan email itu memberikan sejuta komputer percuma? Bill Gates pun tak akan sanggup!

Sebut pasal Bill Gates, ada juga email yang masih terus berantai sampai sekarang kononnya Bill Gates akan memberikan wang tunai jika mengedarkan email 'bodoh tu! Adussss..!! Kenapalah mudah sangat orang kita ni percaya benda-benda yang tak masuk akal? Sampaikan Riza pun jadi mangsa kawan-kawan yang menggunakan email address Riza untuk di forwardkan kepada orang-orang yang tidak dikenali semata-mata ghairah nak peluk gunung! Menjual alamat email rakan, samalah juga dengan mengedarkan nombor telefon ahli keluarga sendiri kepada orang jahat!

Asalnya nak paste email di bawah ni saja tapi sebenarnya banyak yang nak diperkatakan hingga jadi sakit hati. Cukuplah, kalau tidak Riza akan membebel terus. Lihatlah email di bawah yang diterima pagi ni:

"Due to the congestion in all Yahoo users and removal of all unused Yahoo Accounts,Yahoo would be shutting down all unused Accounts,You will have to confirm your E-mail by filling out your Login Info below after clicking the reply botton, or your account will be suspended within 24 hours for security reasons.

UserName: ....................
Password: .........................
Date of Birth: .......................
Country Or Territory : ...................

After following the instructions in the sheet, your account will not be interrupted and will continue as normal. Thanks for your attention to this request. We apologize for any inconvenience.

Warning!!! Account owner that refuses to update his or her account before two weeks of receiving this warning will lose his or her account permanently."


GILA!

GAMBAR 1

GAMBAR 2

Sunday, October 25, 2009

Shahril Fuyoo Magic!


Dah lama nak upload video ni. Banyak lagi video yang menunggu giliran.. Nak buat macamana, connection teramat lah lembab bersama Maxis broadband terutama setiap hujung bulan. Apa muslihat? hemm.. Bayangkan, dah hampir penuh upload tiba-tiba talian terputus! :( Bukan sekali, berkali-kali! Kejap full bar, kejap hilang terus! Maxis broadband pun buat magic. Bukan sekarang je tetapi sejak berzaman! Fuyoo!!

Friday, October 23, 2009

Program Merakyatkan Seni Budaya



Video : Persembahan muzik unik di Taman Budaya, Kuala Lumpur pada 31 Mac 2009. Dipersembahkan oleh sekumpulan anak muda yang masing-masing merupakan seorang pelukis . Riza bertugas sebagai pengacara di ketika itu. Mereka melukis kulit wayang kulit dan menerima tempahan yang banyak dari pelbagai pihak. Maaf, terlupa nama mereka. Mungkin ada yang ingat? Riza akan dapatkan namanya nanti, InsyaAllah.

Enjoy!

Dubbing Workshop



Ini lah montaj video, bengkel 'dubbing' yang telah berjaya dijalankan seperti yang telah Riza ceritakan sebelumnya. Enjoy!

Diary tentang workshop di sini:
1. *Penat Tapi Puas*
2. *Bengkel Seni*

Friday, October 16, 2009

~ World’s longest wall mural had been demolished ~


Sin Chew Daily reported that the wall mural that decorated the former Pudu jail in Kuala Lumpur and reputed to be the world’s longest had been demolished to make way for an underground project linking Jalan Hang Tuah and Jalan Imbi.

The 270m-long mural, depicting a tropical landscape, was painted by three prisoners in 1983, who spent more than 1,000 hours to complete it.

Pudu Prison is a classic example of some of the earliest colonial prisons. If you've been out exploring Kuala Lumpur, you might notice the fading and peeling murals depicting scenes of nature, on the wall circling the prison. The wall murals of tropical scenes painted by the prisoners took them over a year to paint using 2000 liters of paint! The murals entitled the inmates to won a place in the Guinness Book of Records, for painting the world's longest mural along the prison's walls.

**
Hemm...
Any comment?

Source:
Star Online
Kuala Lumpur City Guide

FB: Be careful friends..



My response:

1. Pity her..I bet she is not even 21 yet.. Baru nak belajar hidup..

2. Padan muka.. ;)..oops, sorry!

3. Pity the boss.. Malu woo! Memang boleh saman sebab memalukan syarikat.

4. Good for him, fb helped him throwing out a bad apple.

5. If I were to be the boss, I will fire her too but in fb? Hemm.. I don't know.. Maybe.. maybe not.. I think I will give her a call or send her a letter without even bother to reply in fb or call her to the office, acted like you don't know anything about what she wrote and treat her extra nice? AND.. a day before her probation period ended, give her a confirmation letter? Nope! Confirmation on firing her immediately! ;) Err... .

Hemm... Am I gonna be a good boss? hehe!

Monday, October 12, 2009

Penat tetapi puas, tak seberapa tapi berbaloi..


Alhamdulillah..... Bengkel senilakon, penulisan skrip dan dubbing telah berjalan dengan lancar dan sempurna. Penat tetapi puas, tak seberapa tapi berbaloi.

Bengkel senilakon dan skrip bertempat di studio Persatuan SENIMAN Malaysia telah Riza kendalikan pada 10 Oktober mulai jam 0900 hingga 1300. Walaupun cuma dua orang pelajar yang memberikan keputusan untuk hadir, Riza tidak membatalkan bengkel hanya kerana tiada pelajar. Riza pernah mengajar cuma seorang sahaja di dalam satu kelas. Riza sedar, Riza bergerak secara bersendirian tanpa bantuan sesiapa. Jika selalunya Riza dibantu oleh Saddiq tetapi kali ini dia mempunyai tugasan lain.

Walaupun banyak yang perlu dipelajari dan didalami oleh Raihan dan Afiq, namun mereka telah mencuba sebaik mungkin untuk mempraktikkan apa yang telah diajar. Riza berbangga dengan mereka. Afiq cukup bersemangat tetapi dia mempunyai masalah gugup yang agak melampau. Riza terpaksa menenangkannya setiap kali dia gugup untuk mencuba sesuatu yang Riza arahkan. Afiq pelu banyak belajar. Semoga Afiq akan berjaya satu hari nanti, InsyaAllah..

Raihan seorang guru sanggup memandu dari Grik ditemani oleh isteri, semata-mata untuk mengikuti bengkel senilakon dan skrip yang diminati sejak sekian lama tetapi peluang tidak pernah muncul. Walaupun tidak pernah belajar tentang penulisan skrip, Riza kagum dengan semangatnya yang meniru dan mencuba menulis skrip dari apa yang dilihat dan didengarnya sahaja sehingga siap sebuah skrip telemovie. Bagus atau tidak bukan ukurannya kerana mereka yang mempunyai ilmu dalam penulisan pun, belum tentu rajin menulis!

Kelas skrip dihadiri oleh Raihan dan Ali yang sama-sama bersemangat. Ali datang dengan cerpennya yang telah disiarkan di akhbar Mingguan Malaysia. Ali ingin menjadikannya sebuah skrip. Nasihat dan panduan yang termampu, Riza berikan padanya. Akhirnya ada keputusan menarik yang Ali capai. Riza tak boleh memberitahunya kerana biarlah dia siapkan apa yang akan ditulisnya.

Dari pagi hingga senja Riza mencurahkan apa yang terdaya. Di sebelah malamnya Riza menghadiri jamuan rumah terbuka Dato' Yusof Haslam dan diikuti dengan perjumpaan serta perbincangan bersama teman sehingga jam 0200.

Pagi AHAD, 11 Oktober, Riza tiba di studio dubbing untuk bengkel seterusnya. Steven Patrick merupakan pelajar pertama yang tiba sebelum jam 0900. Memang berdisiplin dan bersemangat!

Kami memulakan kelas lewat 30 minit kerana sedikit masalah. Kelas bermula dengan sesi perkenalan dengan semua pelajar dan Puan Norhayati Yusof, seorang pengarah dubbing, pemilik studio dan rakan lama yang sama-sama berteater di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Riza memulakan sesi pertama dengan latihan persediaan teknik-teknik vokal bagi seorang dubber. Sesi yang cukup menarik! Riza terhibur dengan gelagat Steven, Wan, Anis dan Andrew yang berhempas pulas menggayakan semua teknik yang diajar. TAHNIAH! Anda semua fantastik!

Sesi berlangsung dengan kemas sehingga kepada sesi latihan praktikal di studio di mana kami menyaksikan masing-masing kecut perut apabila benar-benar berhadapan dengan situasi pengalaman seorang dubber. Kami pecah perut melihat gelagat Andrew yang terkial-kial dengan penyebutan bahasa Melayunya yang penuh dengan 'lidah tergeliat'! :) Maklumlah bak kata Andrew sendiri,"Saya anak Mat Saleh..".. Berderai tawa kami dengan slanga Andrew yang comel itu.. :) Pun begitu, tabik! Andrew tidak langsung menunjukkan rasa takut, malu mahupun berkecil hati. Andrew tetap seronok dan 'enjoy' sesi latihan tersebut!

Sesi tamat jam 1330. Kami makan tengahari bersama dan banyak berbual perkara-perkara yang menarik. Jam 1430, ada sesi dubbing sebenar untuk sebuah siri terkenal dari Hollywood. Steven terpaksa pulang kerana akan menghadiri sesi ujibakat di Petaling Jaya tetapi Wan, Anis dan Andrew terus lepak di studio dan melihat setiap proses dubbing sehingga jam 2000 dan kami pulang bersama-sama.

Penatnya tak usah cerita lah tapi Riza puas dan gembira dengan perancangan yang bertukar kepada kenangan manis!

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT!
Kita akan bertemu lagi InsyaAllah!

Thursday, October 08, 2009

~ Boboi Berdarah.. ~


Setiap hari Riza melawat Boboi. Kelmarin, 6 Oktober dan semalam, 7 Oktober Riza tak update perkembangan Boboi sebab seluruh tubuh ini terasa lemah apabila melihat keadaan Boboi yang tidak mahu makan selepas Riza tinggalkannya di klinik. Lebih melemahkan lagi bila melihatkan darah merah segar menitik-nitik dari tiub yang dimasukkan melalui alat sulit Boboi. Badan dan bulunya kotor dengan kesan darah yang menitik. Pun begitu, Boboi masih berusaha untuk mencuci bahagian yang dirawat walaupun telah dipakaikan kolar bagi menghalangnya berbuat demikian.

Doktor kata pendarahan berlaku di bahagian yang tersumbat dan menghalang pembuangan air kecilnya. Tiub dan ubat membantu memecahkan 'crystal like stone' yang terkumpul. Doktor kata lagi kemungkinan akibat dari makanan yang tidak sesuai tapi Riza rasa ianya disebabkan air dari paip yang tidak bersih walaupun pada pandangan mata ianya nampak jernih. Ini kerana setiap kali air ditapis, akan ada sisa-sisa kuning dan karat di lapisan bawah sekali. Bukan itu saja, tangan juga kering setiap kali mencuci atau mandi. Sekarang Riza terpaksa membeli air mineral untuk minuman, kalau tidak badan Riza juga kering. Nampaknya Boboi juga kena minum air mineral..

Ketika Riza sampai untuk menjenguknya, Boboi terus bangun dan meluru ke pintu sangkar. Dia menyondol muka Riza. Dia memang biasa mencium Riza setiap kali Riza cakap,"Kiss-kiss.." :) terutama apabila setiap kali menyambut Riza pulang ke rumah.

Agak lama Riza duduk berbual dan mengusap Boboi. Akhirnya Riza melangkah pulang dengan lemah. Setibanya di rumah, Riza cuba untuk 'update status' di facebook, twitter dan blog tapi tak berdaya. Sesekali saja Riza jengah fb untuk menjenguk rakan-rakan dengan topik-topik lainnya. Riza minta maaf pada Bit dan rakan lain yang prihatin kerana bertanyakan Boboi tetapi Riza tidak menjawabnya.

Sewaktu pulang dari klinik pada 6hb., lama Riza duduk diam di dalam kereta. Macam-macam yang bermain. Riza tak boleh bohong, setiap ruang rumah terasa kosong tanpa Boboi...sehinggakan Riza bermimpikan dia. Kesian Boboi.. Dia diletakkan di tingkat atas klinik, di bahagian luar yang tidak berhawa dingin. Tak kisahlah ada hawa dingin atau tidak sebab Riza pun tak suka angin dari pendingin hawa tapi ruang luar agak panas. Boboi biasa tidur dengan Riza dengan suasana sejuk dan berkipas. Riza tak fikir yang bukan-bukan kerana Riza sedar Boboi perlu diasingkan takut ada jangkitan yang akan memudaratkan 'orang' lain. Cahaya matahari memang diperlukan olehnya.

Riza mengelamun panjang memikirkan Boboi...
Akhirnya Riza tertidur memeluk 'Rasputin', teddy bear yang dulunya dipeluk Boboi...

***

Tuesday, October 06, 2009

Fw: Waktu gempa sama dgn ayat & surah dlm Al-Quran!

Sumber asal: Eramuslim

Mulanya Riza terima forwarded email dari Sal, kemudian Riza copy yang asal dari eramuslim..

Bismillahiraahmanirrahim...
Allahummasolli'alamuhammad wa'alaalimuhammad..

Gempa dan Ayat-Ayat Allah Swt

Segala sesuatu kejadian di muka bumi merupakan ketetapan Allah Swt. Demikian pula dengan musibah bernama gempa bumi. Hanya berseling sehari setelah kejadian, beredar kabar—di antaranya lewat pesan singkat—yang mengkaitkan waktu terjadinya musibah tiba gempa itu dengan surat dan ayat yang ada di dalam kitab suci Al-Qur’an.

“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur’an!” demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

sumber; eramuslim
iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim

Monday, October 05, 2009

Boboiku sayang...


Kali pertama Boboi masuk 'wad' hampir seminggu dia di sana. Badannya kurus kering dan lemah akibat sakit perut. Kali kedua, dia nyaris dimasukkan lagi tapi Riza cepat memberikannya ubat yang diambil dari klinik.

Hari ini merupakan kali ketiga Boboi sakit agak teruk. Riza baru pulang dari klinik dan sudah mula merinduinya. Menurut doktor, dia harus berada di sana sekurang-kurangnya tiga hari. Walaupun keadaan poket tidaklah mengizinkan tapi apa yang ada Riza korbankan untuk Boboi. Doktor kata 'standby' lebih kurang RM250 dan mungkin lebih. Bayaran berlakon telemovie 'DUIT RAYA' yang telah disiarkan pada hari raya ke-2 hari tu, sampai sekarang pun tak dapat lagi! Tak faham sungguh. Katanya akan dibayar sebelum ditayangkan. Ingatkan dapatlah beraya selesa sikit. :( Dah dua minggu raya, tak de khabar berita! Sms pun tak dibalas. Sunyi sepi. Satu baju raya pun Riza tak beli. Duit yang ada sedikit Riza jimat sebaiknya..

Bukan setakad Boboi yang memerlukan rawatan, Riza pun masih belum sembuh lagi. Tadi sewaktu memandu Riza lupa meletakkan 'padding' dan 'insole' dalam kasut, sakitnya bukan main lagi. Disebabkan sudah dalam perjalanan, Riza terpaksa mengambil alas getah yang digunakan untuk meletakkan barang-barang di dalam kereta agar ianya tidak jatuh. Riza lipat dan letak dalam kasut. Bolehlah. Masih sakit tapi Riza paksakan juga untuk menekan 'clutch'. Sebenarnya duit yang ada itu, Riza nak gunakan untuk buat fisio kaki di Hospital Damai tapi nampaknya Riza kena dahulukan Boboi. Tadi Riza parking depan Damai dan di kanannya klinik veterina. Lepas keluar dari klinik, lama juga Riza renung saja Hospital Damai dan berkata dalam hati,"Tak pe lah..lain kali.."..dan Riza terus memandu pulang.

Berbalik kepada Boboi, pundi kencing Boboi bengkak dan dia tidak dapat membuang air kecil, seolah ada sekatan pada pundinya. Sebab itu Riza tengok Boboi asyik ke tandas tapi tidak ada apa-apa yang dibuangnya.

Perubahannya Riza sedari semalam, apabila dia asyik mencuci bahagian sulitnya dan kelihatan menahan sakit. Jalannya juga perlahan. Dia tidak lagi mengejar dan menangkap kaki Riza, dia tidak lagi menghalang perjalanan Riza setiap kali melangkah. Pun begitu, Boboi berusaha untuk mengikuti Riza dari belakang. Walaupun dia tak berdaya bangun namun selepas beberapa ketika Riza tidak pulang kepadanya, dia kan datang perlahan-lahan dan duduk di belakang kerusi, atau di tepi katil asalkan dia dapat melihat muka Riza.

Aduh..sementara hendak menunggu hari ini, kesiannya melihat dia semalam. Riza pujuk dia dan belai agar dia tidur. Pagi tadi Boboi dapat tidur namun dia asyik terjaga dan nafasnya kencang tersekat-sekat. Riza terus masukkan dia di dalam sangkar dan membawanya ke klinik.

Peliknya semasa di klinik sewaktu doktor memeriksa, Boboi macam selesa dan membiarkan saja walaupun dia sedang sakit. Mungkin dia tahu dia sedang dirawat dan mungkin juga dia kenal klinik tersebut kerana dia pernah dimasukkan ke situ.

Doktor kata, kemungkinan ada batu karang di dalam pundi kencingnya sebab sewaktu dia menekan bahagian pundi Boboi, ianya keras. Jika lambat menerima rawatan ianya boleh membawa maut bagi kucing yang telah berusia. Doktor cadang buat pemeriksaan darah kalau mahu, tapi Riza kata kalau lepas tiga hari tiada perubahan baru lah buat pemeriksaan darah.

Selepas Riza tinggalkan Boboi di klinik, dia dibius agar tertidur sebelum dimasukkan tiub yang akan membuka ruang di bahagian sulitnya. Pasti sakit.. :( Kemudian doktor kata, dia akan beri suntikan air di bahagian-bahagian badan Boboi agar dapat membantunya membuang air kecil kerana sejak semalam badannya telah kekurangan air disebabkan asyik muntah air. Dalam sehari dua akan dilihat perkembangannya.

Semoga Boboi akan cepat sembuh dan dapat bermain kejar-mengejar dengan Riza seperti biasa. Sebenarnya sejak Riza sakit kaki, Boboi masih belum dapat bermain kejar kaki.. Sebelum ini Riza suka berlari, dia kejar, Riza berhenti mengejut dan ketawa tengok Boboi terlajak ke depan tak sempat brek! :) Lepas tu dia tangkap kaki Riza. Sekarang ni dia cuma mencelah perjalanan Riza je. Kadang-kadang marah juga sebab dah lah Riza berjalan tercapik-capik. Bukan apa…takut terpijak dia.. Tapi nak buat macam mana, Boboi memang suka permainan begitu..

Hemm… Bila lah Riza boleh berlari semula ni… :(

Wajibkan Bahasa Melayu

Yang pasti dua bahasa sama penting, BAHASA MELAYU & BAHASA INGGERIS. Seiring. Tak boleh nak perjuang yang ini, yang satu lagi tolak dalam gaung.

Tak boleh tidak, kena belajar dua-dua.

Jangan tuduh orang Melayu lebih pentingkan bahasa Inggeris sedangkan untuk hidup bersaing di bandar besar terutamanya, apalagi global harus FASIH berbahasa Inggeris.

Namun sebelum berbahasa Inggeris pastikan bahasa Melayu TERBAIK dibibir dulu. Bukan sahaja kepada bangsa / kaum lain yang mengaku orang Malaysia malah orang Melayu sendiri!

Disuruh belajar bahasa Inggeris pada yang lemah dan gagal, ditekankan bahasa Melayu pada yang lembab. Kalau dok asyik pertahankan mereka yang lemah, gagal dan lembab..naik tocang lah mereka! Akhirnya siapa yang rugi? Keturunan kita, generasi muda tak mahu belajar lagi sebab orang tua kata itu dan ini.. Orang tuanya lulus cemerlang kedua-dua bahasa ke? Kalau orang tua yang bijak, yang sekolah, dia faham apa yang perlu dan pasti anaknya juga boleh berfikir rasional.

Tahukah kita di syarikat2 besar, sudah lama mensyaratkan mesti boleh berbahasa Inggeris, Melayu atau kantonis! Pilih dua darinya. Tepuk dada tanya selera..

**Ada yang cuma bagi dua pilihan. Inggeris dan kantonis??**

SAYA SETUJU WAJIBKAN BAHASA MELAYU! UTAMAKAN BAHASA INGGERIS!

Thursday, October 01, 2009

Bengkel Senilakon, Penulisan Skrip & Dubbing

Kursus Intensif Lakonan Asas ke Skrin, Penulisan Skrip dan Dubbing akan diadakan pada:

HARI : SABTU
TARIKH: 10 OKTOBER 2009
WAKTU :
9am - 1pm ( LAKONAN )
2pm - 6pm ( PENULISAN SKRIP )

HARI: AHAD
TARIKH: 11 OKTOBER 2009
WAKTU: 9am - 1pm ( DUBBING )

LOKASI : KUALA LUMPUR

TENAGA PENGAJAR:
1. Shahriza Mahmud
2. Norhayatie Y.

YURAN :
RM140 - LAKONAN
RM150 - PENULISAN SKRIP TV
RM250 - DUBBING

PENDAFTARAN & TEMPAHAN: RM100

BAKI dibayar sewaktu sesi bermula.

Bayaran Pendaftaran hendaklah dimasukkan ke akaun:

MASTER SHOT EVENT MANAGEMENT

MAYBANK CURRENT ACCOUNT NO:
512204808639

2. Email resit ke:

yoriza@yahoo.com

*****

PS:
1. Tempat terhad untuk 20 orang sahaja.

2. Pertanyaan, sila email:
yoriza@yahoo.com

ATAU hubungi:
012 3133224