Video Lusuh Shahriza Mahmud

Loading...

Saturday, September 19, 2009

ESOK HARI RAYA!! ;)


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.. IKHLAS DARI SHAHRIZA MAHMUD & KELUARGA!

Ampun maaf jika tersalah kata dan gerak..

Tuesday, September 15, 2009

TRIVIA Zulkifli Ismail di Pasaran!


Pelakon yang terkenal dalam siri GERAK KHAS, Zulkifli Ismail mempunyai pelbagai cerita yang menarik yang dikumpulkan di dalam kotak fikirannya. Dia umpama sebuah mesin pencerita. Setiap kali bertemu maka akan ada saja cerita yang menarik yang akan diceritakannya. Bagaikan seorang penglipurlara, dia bercerita dengan gaya bersahaja dan selamba di kala teman-teman ketawa tak kering gusi.

Walau sudah bergelar seorang pelakon dan telah lama bermastautin di Kuala Lumpur, namun loghat Kedahnya masih pekat di bibir. Pun begitu, dia tidak pernah kekok untuk bergaul dengan sesiapa sahaja. Idea untuk membukukan segala cerita yang dikumpulnya telah lahir bertahun dahulu tetapi ianya mengambil sedikit waktu untuk dilaksanakan atas alasan tugasannya yang tidak pernah henti sebagai anak seni.


Bukan mudah untuk melihat seorang pelakon yang juga seorang penulis yang bagus. Walaupun buku ini bukan novel cinta atau sajak yang puitis tetapi ianya bakal meninggalkan kuntuman senyum di wajah anda.

Tak rugi memiliki sebuah buku TRIVIA setebal 256 mukasurat, susunan Zulkifli Ismail ini. Cetakan pertama cuma 1,000 unit. Siapa cepat dia dapat!





Mesej ATAU email Riza jika mahu menempah buku TRIVIA:
yoriza@yahoo.com

HARGA: RM20
KOS HANTARAN POS LAJU: Anggaran RM5, mengikut kawasan.

Monday, September 14, 2009

Shahriza Mahmud sedih menjelang raya



Ditulis oleh Rosli Manah
Isnin, 14 September 2009 17:05

Ada sebab mengapa pelakon Shahriza Mahmud berasa sedih menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut seminggu lagi. Nampaknya kali ini Shahriza tidak boleh menyambutnya dengan penuh semangat dan bergembira.

Pelakon itu masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan pergelangan kaki akibat terkena duri landak laut ketika menyelam di Pulau Perhentian, Terengganu, Julai lalu.

Sakitnya semakin beransur sembuh namun kadarnya terlalu perlahan. Malah dia belum tahu apakah dia boleh berjalan seperti biasa pada hari raya nanti.

"Daripada langsung tidak boleh berjalan, saya menggunakan kerusi roda, kemudian bertongkat dan sudah mula belajar melepaskan tongkat. Saya paksa untuk berjalan tanpa tongkat, tapi sebenarnya saya masih rasa sakit.

"Semasa belajar melepaskan tongkat, selepas beberapa langkah berjalan dengan perlahan, saya akan terjengkit-jengkit kembali," kata Shahriza.

Biasanya bisa terkena duri landak laut akan pulih dengen hanya menyimbah cuka dan merendam kaki selama sejam. Tapi kecederaannya agak berat kerana terkena pada pergelangan kaki membuatkan ia kuat membengkak.

Terpaksa tolak tawaran berlakon

Selain memikirkan sambutan raya yang tidak semeriahnya, Shahriza juga terpaksa melepaskan tawaran berlakon yang datang kepadanya akibat kecederaan tersebut.

"Saya ditawarkan watak yang memerlukan saya bergerak lasak selepas raya nanti. Saya jadi resah kerana belum tahu dapat memenuhi tuntutan watak tersebut. Kalaupun saya boleh berjalan dalam masa singkat ini, rasanya untuk watak lasak akan kelihatan sumbang sebab saya belum boleh berlari," jelasnya.

Shahriza bagaimanapun reda menempuh segala-galanya dan sedia menerima sekiranya inilah dugaan untuknya.

"Bagaimana sekalipun ikhtiar yang saya lakukan, jika Allah tidak memulihkan, hanya Dia yang tahu dan hanya Dia yang lebih mengetahui apa yang tersirat. Saya terima seadanya," kata Shahriza lagi.

http://www.manggaonline.com.my

Friday, September 11, 2009

Bengkel Senilakon Skrin, Penulisan Skrip & Dubbing..


Salam,
Memandangkan cuma seorang yang 'confirm' dan 9 orang tidak pasti akan kedatangan untuk bengkel senilakon skrin di PD, maka saya terpaksa membawanya ke tarikh 4 Oktober 2009 ( Ahad ). Pada sesiapa yang masih belum mendaftar sila mesej saya dan 'confirm' kehadiran di page 'event' di bawah.

Sementara Bengkel Penulisan Skrip akan diadakan pada tarikh yang sama di sebelah petang mulai jam 2pm - 6pm di Port Dickson juga.

Bengkel Dubbing akan diadakan pada minggu seterusnya di studio Wangsamaju, KL pada tarikh 11 Oktober ( AHAD ) mulai jam 9am - 1pm ( jika pelajar kurang dari 10 orang ). Jam 9am - 6pm ( jika pelajar melebihi 10 orang ).

Terima kasih!

KLIK untuk link event di bawah:
Bengkel Senilakon Skrin @ Port Dickson
"Latihan Kunci Kejayaan Lakonan."

Monday, September 07, 2009

Bengkel Senilakon Skrin @ Port Dickson



Kursus Intensif Lakonan Asas ke Skrin akan diadakan pada:

HARI : AHAD
TARIKH: 13 SEPTEMBER 2009
WAKTU : 9am - 1pm
LOKASI : Port Dickson

TENAGA PENGAJAR:
1. Shahriza Mahmud
2. Saddiq Raffali

YURAN : RM140

PENDAFTARAN & TEMPAHAN: RM60

BAKI RM80 dibayar sewaktu sesi bermula.

Bayaran Pendaftaran sebanyak RM60 hendaklah dimasukkan ke akaun:

MASTER SHOT EVENT MANAGEMENT

MAYBANK CURRENT ACCOUNT NO:
512204808639

2. Email resit dan sebarang pertanyaan ke:

yoriza@yahoo.com

*****

PS:
1. Tempat terhad untuk 20 orang sahaja

EVENT PAGE:
http://www.facebook.com/event.php?eid=149217937792&ref=mf

Friday, September 04, 2009

Dubbers Workshop OCTOBER 2009

If you think you have the talent OR the passion to be a DUBBERS , come join me for a workshop on how to be a dubbers.

You will be exposed with hands on workshop in the studio by the experience dubbing directors.

Classes and dates will be announced once we have enough participant for the workshop. It will be on the weekend to enable everybody to join.

AGE: OPEN

LANGUAGE : MALAY & ENGLISH

DURATION : 8 hours workshop ( Between 1 - 2 days )

BONUS: 3 months practical training with a real job FREE of charge IF you are selected to be in the team.

FEE : RM250

FEE inclusive of teaching material, studio rental, trainer, studio crew and management fee.

IF you are talented and graduated with a flying colors, YOU might be getting a permanent job with the studio.

TERMS:

1. Limited seat to a maximum of 20 STUDENTS ONLY.

2. A registration fee of RM100.00 is COMPULSORY.

3. Registration fee will be returned IF the workshop is cancel by the studio BUT will NOT be returned IF you cancel your booking.

4. The balance of RM250 must be paid a week before the event.

TENTATIVE DATE:
1ST - 2ND WEEK OF OCTOBER 2009

HOW TO APPLY:
1. Bank in the registration fee of RM100 to:

MASTER SHOT EVENT MANAGEMENT

MAYBANK CURRENT ACCOUNT NO:
512204808639

2. Email the receipt AND inquiries to:

yoriza@yahoo.com

++++++++++++++++++++++++++++++++++

CONFIRMED PARTICIPANT WITH REGISTRATION PAID:

1. STEVEN PATRIC

Thursday, September 03, 2009

Dugaan, Rezeki & Pilihan..


~ This morning got 2 tele to pitch, next week another 3 tele. I have done 3 tele and 1 series. Kalau dapat semua memang rezeki 2010..tapi ada offer lain plak yg datang. Dalam dilema. For a long term nampak mcm ok but sacrifices have to be made..hemm..walaupun aku harus bekerja tanpa gaji sekarang, apapun nampak aura rezeki di depan mata.

Nampak busy sangat tapi belum masyuk. Duit raya belum tentu ada. ;) Sabar je lah..Orang makan gaji dah tentu bergaji bulan, ada bonus lagi. Orang seni, kais pagi makan pagi..tapi itu yang dipilih, itu anugerah Illahi,InsyaAllah takkan kupersiakan!

Semalam seseorang telah menelefon dan bertanya khabar. Aku ditawarkan untuk meneruskan satu siri drama yang terpaksa kukorbankan sepanjang aku berada di hospital dan terlantar hampir sebulan di rumah. Sekarang sudah masuk bulan yang ke tiga setelah aku diserang Landak Laut ( Sea Urchin ). Dari langsung tidak boleh berjalan, aku menggunakan kerusi roda, kemudian tongkat dan semalam aku melepaskan tongkat. Aku paksa untuk berjalan dengan elok tanpa tongkat. Namun aku masih tidak dapat menyembunyikan kesakitan. Selepas beberapa langkah berjalan dengan perlahan, aku akan terjengkit-jengkit kembali. Semua perasan. Hemm...

Apapun banyak perubahan telah berlaku. Walaupun bengkak masih lagi mempermainkan aku..sekejap ada sekejap hilang tapi aku bersyukur kerana sakit yang teramat dan bengkak yang teramat telah meninggalkan satu fasa kesakitan yang amat tidak dapat kuceritakan.

Cuma...semalam apabila aku ditawarkan untuk satu watak yang memerlukan aku lasak di sepanjang perjalanan pengambaran yang dijangka selepas Ramadhan ini, aku jadi resah. Apakah aku dapat memenuhi tuntutan watak tersebut atau aku terpaksa melupakannya buat kali ke dua? :( Ini kerana, walaupun aku sudah boleh berjalan tapi aku terpaksa akui bahawa aku masih belum boleh berjalan tanpa dilihat sumbang, apatah lagi untuk berlari.

Apakah aku berupaya memulihkannya dalam jangkawaktu kurang lebih dua minggu? Bolehkah aku berlari dalam tempoh itu sedangkan sudah masuk bulan ke 3 aku begini? Pemulihan ini memang agak lambat. Mahu atau tidak aku terpaksa terima kerana ianya angkara bukan 'makhluk' biasa yang hidup di darat.

Jika aku berjaya melepasi kesakitan dan memulihkan 100% kecederaan ini, maka watak itu InsyaAllah adalah milikku..

Bagaimana sekalipun ikhtiar yang kulakukan, jika DIA tidak memulihkan, hanya DIA yang tahu dan hanya DIA yang lebih mengetahui apa yang tersirat. Aku terima. Aku terima seadanya kerana DIA telah banyak membantu sejak sebelum ku dilahirkan.

Tawaran yang kukatakan memerlukan pengorbanan di awal tadi adalah tawaran yang berbeza yang memaksa aku meninggalkan dunia lakonan sepenuhnya.. Tentu ianya perit untuk lakukan.. :( hemm..

Aku pasrah padaMU. Berikanlah kekuatan dan jalan serta murahkanlah ( permudahkan ) rezekiku, tak kira dari sudut mana datangnya ia...AMIN... ~