Video Lusuh Shahriza Mahmud

Loading...

Saturday, April 25, 2009

Harga Yang Perlu Dibayar..



Salam terhebat buat anda yang terhebat!

Bukan meminta simpati dan publisiti. Sekadar mahu berkongsi..

Sejak memulakan latihan RONA secara intensif, Riza melakukan beberapa adegan lasak yang terpaksa dibayar dengan lebam, calar dan luka di badan.. hehe! ;)

Masa berlakon tak ingat dunia.. Kalau disusun mengikut hari.. Hari pertama tulang buku lima tangan 'terketuk' dek gelas yang dipegang HAFIZ, hari ke-2 luka di siku kiri, hari ke-3 calar di pergelangan tangan kanan, hari ke-4 lebam di peha kanan..

Hari persembahan 24 April, semalam, penangan DATIN DESPERATE, bawah mata Riza berdarah dan kini terkesan luka dan lebam! sekarang tengah tuam dengan air suam. InsyaAllah malam ni tak akan nampak kecacatan itu. ;) Di kedua belah lutut, melecet dan lebam.. sengal badan tok sah cakap lah! Fuh! Best! ;)

Ada dua adegan lasak yang tak boleh dielak. Kalau buat ala kadar, tak akan ada kepuasan. Kalau buat betul-betul, inilah harga yang perlu dibayar.

Yang penting kepuasan kepada semua! Alhamdulillah Riza puas dengan MIRA dan semua teman RONA!

Jumpa malam ini di Taman Budaya untuk 'tarian' terakhir, sebelum 5 sahabat RONA menutup tirai persembahan!

Wassalam!

Thursday, April 23, 2009

RONA, Full Dress Rehearsal

TAMAN BUDAYA, KUALA LUMPUR.
24 & 25 APRIL.
8 MALAM.
DETAILS CLICK HERE.





Tuesday, April 21, 2009

RONA, Warna Kehidupan Kita..


Salam kerinduan..
Setelah sekian lama tidak menulis dari hati, hanya menitipkan beberapa bahan dan maklumat aktiviti semata, hari ini Riza memaksa jemari, menggenggam penukul dan mengejar pahat yang semakin malas untuk beraksi.

Semuanya hanya kerana kesibukan diri yang terkadang terlebih sedikit, tetapi.. bila difikirkan balik tidaklah sesibuk dulu kala.. Walaupun begitu, kepenatan yang melemahkan minda untuk menghayun pergelangan tangan ini untuk menarikan tarian ayat cinta kasih buat anda yang setia di ruangan sempit DIARI LUSUH ini.

Maafkan daku yang terkadang begitu aktif dan tiba-tiba hampir sepi..

Banyak kisah yang telah lusuh, akan kubiarkan lusuh buat sementara.

Hari ini Riza akan bercerita tentang RONA, sebuah pementasan teater yang bakal kalian tonton ( itu pun jika kalian sudi hadir ) pada 24 & 25hb APRIL, JUMAAT & SABTU ini, bermula jam kurang lebih 8 malam..

RONA mengisahkan imbauan perjalanan hidup 5 orang sahabat karib, Mira ( Shahriza Mahmud ), Shah ( Idham ) , Hafiz ( Eddie ), Salleh ( Raffie ) dan Marina ( Shanaz@Sofea ) yang terpisah dek kerana mengharungi gelombang hidup yang penuh dengan ranjau yang tidak masing-masing sedari akan kepincangannya.

Kulit yang nampak indah, tidak seharum isi yang sudah bernanah dan semakin parah. Mereka cuba berselindung di sebalik kemewahan dan populariti masing-masing di dalam bidang kuasa mereka. Namun sejauh mana mereka berjaya menyimpan rahsia diri dan selama mana mereka akan terus hanyut?

Ada bangga, ada ego, ada kecewa, ada resah, ada penyesalan, ada pelbagai rasa yang mencengkam. Dimana akan diletakkan segala rasa itu? Berbaloikah segala penat lelah dalam mengejar kemewahan dan kebanggaan nama?

Terlalu rumit dan kompleks untuk dihuraikan tragedi yang menimpa mereka. Hanya jika anda menonton RONA, anda akan dapat segala isi yang bakal menikam ke dada dan menusuk jiwa pemerhati..

RONA adalah kisah semua insan yang bersarang di lubuk perjalanan sempit hidup kita. Bantulah RONA bangkit dengan semangat. Bangkit dengan kekuatan baru. Lima sahabat ini memerlukan ANDA!

Mereka menanti kehadiran ANDA di TAMAN BUDAYA, KUALA LUMPUR pada 24 & 25hb April..

TEMPAHAN TIKET, HUBUNGI:

WATY, 013 3405299

TERIMA KASIH!

MORE DETAILS & FACEBOOK INVITE CLICK HERE.

Saturday, April 18, 2009

Tarikh Kelahiran



Shahriza telah menghitung tarikh lahirnya dalam tahun Islam.
Bulan kelahiran Islam anda adalah pada 29 Jamadil Akhir, iaitu jatuh pada hari Isnin.

Maksud : Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.

Sifat : Mempunyai watak yang berani, menghormati orang lain. Anda mempunyai pelbagai kebolehan dan kebijakan. Apabila anda tahu bahawa anda salah atau keliru, maka anda mudah mengakuinya. Tetapi, bila anda tahu yang anda benar, anda akan tetap mempertahankan pendirian anda dan tidak akan mengaku kalah. Semasa kecil, ibu bapa anda perlu mendidik anda dengan baik agar sifat-sifat anda yang baik itu terserlah. Jika betul didikannya, semasa dewasa nanti anda akan menyenangkan kedua orang tua anda.

Monday, April 13, 2009

Registration FORM - Basic Open Water Diving Course at Perhentian Island

Scuba Registration Form ( Perhentian Island, Malaysia ) Scuba Registration Form ( Perhentian Island, Malaysia ) Shahriza Mahmud REGISTRATION FORM 4D 3N 'PADI' Basic Open Water Diving Course: 26 – 30th APRIL 2009 @ Perhentian Island! MALAYSIA

Friday, April 10, 2009

Montage Penerima Anugerah Perdana SENIMAN 2009


http://www.youtube.com/watch?v=c46jC9oevOs

Rajuk Perawan


Usah dirayu perawan nan lara,
hanya kerna tidurmu terganggu.

Jika sumpah, noktahnya di bibir,
tinggallah jejaka tinggallah pergi.

Rindumu menyiksa bahana sumpah,
lukanya perawan dibawa ke mati!

Shahriza Mahmud
Kuala Lumpur,
Jumaat, 10/04/2009, 10:47

p.s:
Puisi spontan balasan kepada puisi MERINDUINYA karya Zulkifli Mohamad di KOTA PUISI.

Thursday, April 09, 2009

4D 3N 'PADI' Basic Open Water Diving Course at Perhentian Island!

JOM GI MENYELAM SAMBIL TENANGKAN FIKIRAN!

Dive To Nature

Host:
Beyond E-Life ( BeL )

Event Organizer:
Shahriza Mahmud @ Master Shot Event Management

Type:
Trips - Group Trip

Network:
Global

Start Time:
Sunday, April 26, 2009 at 10:00pm

End Time:
Thursday, April 30, 2009 at 1:00pm

Location:
Perhentian Island

City/Town:
Terengganu, Malaysia


View My Saved Places in a larger map

Description:
Depart via KL 0n 26th April. ( Night )
Check In and program begin on 27th - 30th April

==============================

Package Rate : RM1,300.00 per pax

Inclusive of:

*Qualified PADI ( Professional Association Of Diving Instructor )

*Learn till you earn! License guaranteed.

*Equipment & boat

*Return boat transfer to & from Besut / Perhentian Island Jetty.

*Return bus transfer to & from KL / Besut.

*Marine Park fee.

*Accommodation ( Chalet with fan, twin sharing )

*Certification by : PADI ( Professional Association Of Diving Instructor from New South Wales, Australia, the world's largest diver training organization. )

* Terms and conditions apply.

*Diving plans & schedule is subjected to Divers regulation.

*Student must bring 2 passport size photo.

P.S: Meals will not be provided. Well, we are not gonna eat much since most of the time we gonna be in the water. So safe your money on food. We gonna eat what we gonna eat! :)

Don't worry, food are easy to get here.

IMPORTANT:
LIMITED participation!
We have ONLY 6 ( SIX ) vacant place.

TO MAKE A BOOKING:
Message me @ facebook or at:

yoriza@yahoo.com
bel@mastershot.biz

Thursday, April 02, 2009

Indeks Makin Memuncak, Alhamdulillah..



Salam sayang dan kasih buat umat manusia yang dihormati sekalian!

Jangan terkejut dengan tajuknya. Bukan Indeks pasaran saham Malaysia yang memuncak, tapi kesibukan Riza boleh dikatakan boleh tahan juga lah untuk bulan yang mendatang ini. Jika Riza sunyi sesekali di Blog mahupun di Facebook, itu tandanya indeks kesibukan sedang memuncak!

Al-maklumlah..kebiasaannya Riza pasti 25 jam sehari monitor alam siber ;)..dah jadi macam pengawal trafik pulak! ;) hihi.. Bila sesekali menghilang, jangankan anda terasa, Riza lagilah.. tak senang duduk dibuatnya. Namun dengan kesibukan itu, barulah nanti ada cerita nak disampaikan pada kalian kan? Jadi biarlah Riza keluar mencari bahan-bahan itu ye!

Besok, 3hb. April. 2009, Riza akan bertolak ke Kuching, Sarawak bersama delegasi artis-artis bersama Persatuan SENIMAN Malaysia untuk acara Anugerah Perdana SENIMAN. Acara yang mendapat kerjasama penuh dan tajaan penginapan serta segala pergerakan di sana akan dilayan oleh kerajaan negeri Sarawak ini amat membanggakan SENIMAN dan para delegasi khususnya.

Antara acara yang telah disusun oleh AJK bersama SENIMAN dan kerajaan negeri Sarawak adalah pertandingan permainan rakyat bersama peminat, lawatan ke rumah kebajikan dan lawatan ke Kampung Budaya. Riza pasti RTM Sarawak telahpun mencanangkan kepada rakyat di sana! Jika anda dari Sarawak ataupun sedang berada di sana, rajin-rajinlah mendengar radio RTM Sarawak ye!

Malam kemuncak adalah pada hari Ahad 5hb. April pada jam kurang lebih 8 malam di Stadium Bandaraya Kuching. Majlis Malam Anugerah Perdana SENIMAN akan berlangsung disaksikan seluruh rakyat negeri Sarawak dengan PERCUMA!

Untuk memastikan anda tdiak ketinggalan, pergilah awal sikit ye! Lebih seratus orang artis akan berada di sana dan ramai yang akan membuat persembahan PERCUMA untuk anda!

Antara yang turut serta, ANITA SARAWAK, TAN SRI JINS, BOB AF, DINA, KUNA, NASIR WAHAB, DIN WAHAB, AHMAD IDHAM, ANNE ABDULLAH, ROZIE OTHMAN....sehingga tak tersebut nama-namanya yang terlalu ramai!

Jadi, sebelum Riza ke sana, saksikanlah gambar indah sewaktu Riza di Pulau Redang hari tu!

Wednesday, April 01, 2009

Dubbers United, Holiday @ Redang Island!

Ketibaan dan permulaan perjalanan dari Kuala Terengganu..

Masing-masing penat. Menunggu feri 9.30 am dari 4.30 am.. **Dari kiri, Amai, Bujal & Abang Salleh.

Lega dah dapat naik feri..Tak sabar nak tengok Pulau Redang! **Yang sengih ni AB, yang tunggu masa nak lelap tu Bujal! ;)

Semua tidur dalam perjalanan selama lebih kurang hampir 2 jam. Riza? Ada saja yang dibuatnya.. **Yang peluk beg Sadik, sebelahnya Yatie, yang jenguk kamera Kak Su, sebelahnya sape lagi kalau bukan abangnya, Abang Salleh!

Indahnya Kehidupan Tersusun OlehNYA Jua


Salam, salam, salam!

Entri di bawah garisan putus-putus, Riza mulakan penulisannya pada pagi Riza pulang dari Pulau Redang, namun disebabkan pelbagai kerja yang menyekat untuk Riza terus menulis, ianya terbengkalai.

Daripada virus yang menyerang sistem komputer sehinggalah debaran kemungkinan hilang semua gambar-gambar yang Riza ambil di Pulau Redang cukup menyesakkan dada. Setelah dua hari melayan rasa, akhirnya Alhamdulillah sebahagiannya dapat diselamatkan.

Pun begitu sesuatu yang amat berharga telah hilang tanpa dapat dikesan walaupun dengan menggunakan pelbagai cara tercanggih! Folder segala tulisan yang sedang dalam peringkat penulisan yang bukan hanya sekadar idea kosong tetapi ianya telah disusun dengan kemas untuk lanjutan seterusnya! Mungkin seratus, mungkin lebih fail yang telah ghaib.

Lupakanlah saja tentang itu, kerana Riza mahu bercerita tentang kegembiraan dan keseronokan berada di Pulau Redang. Itu yang lebih penting!

Di bawah adalah entri asal dan juga sambungan yang berjela.. ;)

================================================================

Alhamdulillah!
Riza selamat tiba ke rumah dari Pulau Redang pada jam 12.30 tengah malam tadi ( awal pagi ini 26 Mac 2009 ).

Salam ketemu kembali para sahabatku yang dihormati dan disayangi sekalian..

Empat hari meninggalkan alam siber serasa bagai empat tahun lamanya. Namun demi sebuah kebahagiaan yang nyata dan ketenangan yang perlu dialami sesekali dalam hidup perlu diimbangi. Kali terakhir Riza 'update' status Riza di facebook adalah pada 23 Mac, sewaktu dalam perjalanan ke Pulau Redang ketika baru bertolak dari Jeti Kuala Terengganu.

Sebenarnya setiap kali hendak menulis atau melapor sesuatu yang menarik, Riza akan teruja sangat dan terus kemaskini status tapi masalahnya bila ada teguran dari rakan-rakan yang sedia menanti, maka Riza akan seronok berborak panjang dengan anda! Akhirnya Riza akan mengambil masa untuk menulis di blog ataupun tidak tenang menulis sebab memikirkan rakan-rakanku yang menunggu respon dariku di 'thread' fb!

Kali ini Riza nak kuatkan diri sikit.. hihi ;).. Riza nak siapkan catatan DIARI LUSUH yang penuh dengan pengalaman indah di Pulau Redang ini dahulu..

===================================================================

Itu catatan Riza tanggal 26 Mac..

Nampaknya Riza gagal menguatkan diri untuk meneruskan tulisan pada hari tersebut..tapi bukan kerana terus melayan perbualan dari 'status update' tetapi dek kerana terlalu keletihan dan juga ada kerja-kerja yang harus didulukan, juga masalah virus yang membawa kepada tertangguhnya segala perjalanan.

Begini Al-kisahnya DIARI LUSUH pengembaraan ke Pulau nan indah:

Pada hari Sabtu dan Ahad ( 22 & 23 Mac ) Riza dan rakan-rakan 'dubbers' terpaksa merakam empat episod siri MY MELODY agar tiada kerja yang tertangguh sebelum kami bertolak ke Pulau Redang. Banyak perkara yang Riza lakukan pada hari Sabtu. Di sebelah malamnya Riza meneruskan kerja-kerja penulisan yang perlu sehingga subuh. Cadangnya, sebelum 'dubbing' pada petang Ahad, Riza dapatlah curi-curi tidur untuk menghilangkan letih dan lesu.

Nak dijadikan cerita, rezeki Allah datang tanpa diduga. Pada jam sekitar 12.30 tengahari, Riza menerima panggilan dari Jabatan Kebudayaan Wilayah meminta Riza menjadi pengacara bidan terjun untuk Majlis Kebudayaan di Taman Budaya. Majlis sepatutnya bermula jam 3 petang dengan dihadiri oleh Menteri.


Dalam waktu yang sesuntuk itu, Riza bersiap apa yang patut dengan bahan-bahan yang perlu sebelum berkejar ke Taman Budaya. Setibanya di sana, Amran Nasrudin memberikan aturcara yang bakal Riza acarakan. Semuanya berjalan lancar tetapi kehadiran Menteri tidak nampak pada saat terakhir, mungkin kerana kesibukan pemilihan yang bakal berlangsung di ketika itu. Tak kisah lah..

Acara santai cukup meriah dengan kehadiran ramai artis veteran dan pelancong dari luar negara. Riza berjalan ke sana kemari kerana diberikan 'cordless mic'. Apalagi? Takkan nak duduk diam atas pentas saja kan? Boringlah! ;) Dengan berkasut tumit tinggi, sehingga jam 7pm Riza di Taman Budaya.

Selepas maghrib, Riza meneruskan kerja dengan berlari ke studio untuk rakaman My Melody pula. Hampir tengah malam, pulang dan meneruskan beberapa kerja di rumah.. Penatnya hanya Tuhan yang tahu tapi kepuasannya cukup nikmat sekali! Alhamdulillah..

Esok paginya Riza memang 'flat' habis tapi masih perlu menyiapkan keperluan untuk ke Pulau Redang. Riza dan rakan-rakan 'dubbers' berkumpul di Setiawangsa White Coffee sebelum bertolak kurang lebih jam 11 malam.


Gambar keletihan sewaktu tiba di Jeti Shah Bandar, Kuala Terengganu.

AKAN BERSAMBUNG sebab...kalau tak publish sekarang, entri ini akan terlalu lusuh pula! ;)

Hilangkan Keresahan ~ Ayat Kursi