Friday, February 27, 2009

Santai Lepak!


Salam and hi again!

To all my dearest friends and Beyond E-Life ( BeL ) facebook gang!

BeL will be having a 3 days 2 nights 'SANTAI LEPAK' at Hawa Resort & Training Centre, Janda Baik, Pahang on the 7, 8 and 9 March 2009. It will be on Saturday, Sunday and Monday.

It's holiday time!

We will make it as 'santai' as possible BUT with healthy activities such as:

1. Futsal

2. Telematch

3. Book Reading ( Read out loud with style! - Main book, AWANG VAMPIRO by Nizam Zakaria. You can bring other books too. )

4. Pushing , jumping, swimming in the private land river! hihi! ;)

5. Poems Reading ( English & Malay - Bring yours )

6. Motivation Session by an architect? Err.. Nope, it's not about how to built a house but it's just about LIFE. How to achieve a good LIFE and how to get rid of all the negative thoughts!

Well..Too many to mention.. Just name it, we will fill in a slot for anything worth doing with such a limited time we gonna spend together. Just be with BeL and YOU will experience the excitement!

The cost? Hemm.. Everything will be on sharing basis. From bed to meals, the cost will be minimal..

For now, it's just RM150.00 for 3 days 2 nights! IF there are extra charges we will let you know.

You have a choice of staying in a dorm or camping by the riverside. Complete set of tent with a mattress, pillow and blanket will be given.

To get all of the above, you will have to make a reservation with BeL ( Shahriza Mahmud ). It's on a public holidays..so people will grab the opportunity very fast!

Fuhh!! Can't wait!

Message me now!

IF YOU THINK THIS IS WORTH aka 'BERBALOI', please do the followings:

========================================================================

Pay to me, Shahriza Mahmud using this account:

- MASTER SHOT EVENT MANAGEMENT
- MAYBANK CURRENT ACCOUNT:
- 512204808639

**IMPORTANT!**

Email your payment receipt and details to:
bel@mastershot.biz

CC TO:
yoriza@yahoo.com

**Please keep a copy of the printed receipt or the bank in slip.**
***WE NEED THE PAYMENT FOR THE BOOKING FEE.***
****Please block the date as we plan ok!****

LOVE,
Riza,
Founder of BeL
Hope to have a great gathering!!

Thursday, February 26, 2009

Pintu Hatiku Diusik Lagi..


Salam Khamis Malam Jumaat Yang Termulia,

Baru nak masuk dua hari tak menulis di sini tapi dah rasa macam terlalu lama sangat tak menulis. Hemm.. Bahaya gak tu.. ;) Sebenarnya amat memberansangkan kepada diriku yang pemalas ini kerana bila tak mahu menulis, maka aku akan menyembunyi terus. Kali ini, aku akan berusaha untuk tidak menjadi malas, insyaAllah..

Yang peliknya, di facebook, aku cukup rajin menulis. Tak banyak, sikit. Tak sikit, sekadar mencelah sana-sini, kalau dikumpulkan dah boleh buat buku mungkin! hehe!

Begini.. Sebenarnya ada beberapa perkara yang nak aku lakarkan di sini, termasuk hutangku untuk 'Hasutan Ular - Part 2'. Aku dah tulis sedikit untuk itu tapi malas menyambung sebab ada yang lain yang melintas di ketika ini.

Petang tadi, aku menerima sms dari seorang wartawan Metro Ahad. Tak perlulah kusebutkan namanya dulu sebab nanti kalian akan tahu juga apabila tulisannya dikeluarkan. Kukira mungkin tak banyak tentang aku yang akan diperkatakan kerana ianya hanyalah sisipan atau selingan dari berita utama mengenai pasangan selebriti yang diperkatakan sekarang.

Riza tak nak mengulas banyak sebab, biarlah ianya menjadi bahan eksklusif mereka. Lupa pula nak tanya bila ianya akan dikeluarkan. Mungkin Ahad ini agaknya.

Apa yang hendak Riza perkatakan ialah, sebenarnya Riza dah tutup buku mengenai kisah silam. Kali terakhir apabila Riza menjadi jemputan program majalah TV, NONA setahun lebih yang lalu.

Sejak dari itu, setiap kali berlaku insiden yang melibatkan berita pasangan selebriti artis yang mengalami peristiwa yang mirip sejarah hidupku, maka aku akan dipanggil untuk ditemuramah. Maaf, sebab Riza akan menggunakan terkadang gantidiri sebagai 'aku' dan ada kalanya sebagai 'Riza'.. ;) Ikut angin..

Selepas NONA, Riza masih dipanggil oleh beberapa orang termasuk program bersama Kak Nita, di Astro yang bercerita tentang kisah yang sama. Dengan berat hati Riza menolak, walaupun di dalam hati Riza berminat sangat program tersebut dan juga Kak Nita tetapi mengenangkan Riza mahu melupakan hakikat yang menyakitkan itu, Riza menolak dengan baik. Namun, wallahualam...Mungkin beberapa panggilan yang diterima diketika itu telah membuatkan orang di sebelah hujung talian sana tidak menyukainya..

Mungkin mereka tidak memahami dan membuat tanggapan tersendiri. Mungkin mereka menyangka, Riza menjual mahal. Segala kemungkinan pasti ada.

Apa yang boleh Riza buat sebenarnya? Mereka mahukan cerita yang sama. Mereka mahukan berita yang itu. Kalau Riza tak beri, maka Riza akan hilang terus. Kalau Riza berikan, orang akan mengeji lagi dan lagi. Mungkin kata-kata seperti,"Alah.. asyik-asyik dia dengan cerita sama!".

Hakikatnya, Riza serba salah dan dalam waktu yang sama tidak mahu mengecilkan hati wartawan yang bernada kecewa dihujung talian. Riza akan berikan apa yang diminta bila hati ini terbuka untuk berkata. Apabila hati ini berduka, Riza akan menutup pintu hati untuk berbicara.

Petang tadi, pintu hati Riza diketuk dan rela bersenandung semula lagu luka hampir 13 tahun yang lampau! Ya! 13 tahun...dan ianya masih jelas terbayang bagaikan sebuah layar putih dengan gambaran berwarna yang terbentang di depan mata, sebagaimana Riza jelaskan kepada wartawan yang cukup sopan mendengar kisah dukaku tadi...

Izinkan Riza mengundur diri lagi.. Akan kutemui kalian bersama Diari Lusuhku ini bila pintu hatiku diusik lagi..

Salam...

Tuesday, February 24, 2009

Book Reading


Hi and salam!

I am glad to announce and invite you to a new event that will take place everywhere and anywhere, as long as it's a cool and nice place to 'lepak'!

Please suggest a book that you would like to read or just sit back, relax and listen to others reading it.. It must be a good and interesting book.

Books could be in Malay and English language..

We have a few location awaiting for the thrill.. ;)

1. Setiawangsa e-nak cafe
2. Janda Baik - by the river side!

PS:
IF you are a writer / novelist and would like your books to be read, suggest it to me or BeL ( Beyond e Life ) - It's a facebook group!

We are going to do it as soon as TODAY? ;)
Just kidding! Anytime when anybody is free!

LOVE,
RIZA..

Monday, February 23, 2009

Hasutan Ular - Part 1


Salam Isnin yang indah dan ceria untuk dunia anda!

Hari ini Riza hendak bercerita tentang sedikit pengalaman lalu yang mencabar dan memeritkan. Pengalaman ini boleh dikongsi bersama anda yang ingin berjinak-jinak dengan dunia seni tetapi bukan di dalam bidang kreatif. Pun begitu ianya tidak boleh lari dari harus mempunyai minda yang kreatif kerana ianya berkaitan rapat dengan orang-orang kreatif.

Anda rasa berbelit sangkatkah ayat yang Riza mainkan di atas? Hemm.. Kalau anda rasakan ianya berbelit, tunggu sehingga anda tahu kisah yang lebih berbelit dari sebakul lidah ular yang bercabang tidak terkira!

Sebenarnya Riza malas nak menulis tentang kisah yang sudah lapuk dan terlalu lusuh. Namun memandangkan ianya boleh dijadikan teladan dan sempadan, maka hari ini Riza paksakan jua jemari yang malas sentiasa ini untuk menulis lagi.. ;)

Begini kisahnya.. Once upon a time.. Biarlah suspen sikit.. hehe!

Riza tak ingat tarikh yang tepat, namun ianya berlaku sewaktu pengambaran siri drama 13 episod 'Ikan Kering Nasi Hangit'. Riza dilantik sebagai Pengurus Produksi ( PM - Production Manager ) setelah lulus ujian pembentangan bajet yang berjaya 'diciput'kan mengikut kemahuan penerbit!

Drama ini dilakonkan bersama oleh antaranya Eizlan Yusof, Maria Farida, Kartina Aziz, Riza sendiri dan ramai lagi artis jemputan. Alhamdulillah Riza memang masih boleh mengimbangi kerja sebagai Pengurus Produksi dan juga pelakon dalam waktu yang sama. Malah Riza juga biasa menjadi Penolong Pengarah, Penulis Skrip dan Pelakon serentak. Terpulang pada bagaimana kita mengatur jadual dan masa serta kecekapan kreativiti untuk menyusun keperluan.

Segalanya berjalan lancar. Setelah kontrak ditandatangani, Riza perlu melantik seorang Penolong Pengurus Produksi. Kebiasaannya seorang penolong harus memenuhi keperluan dan kebolehan yang sama yang ada pada Pengurus Produksi. Yang lebih utama ialah kesetiaan, kejujuran dan kesanggupan untuk bekerja keras.

Di waktu itu, kegawatan ekonomi Malaysia cukup perit dirasai oleh semua. Oleh itu, Riza tambahkan lagi ciri-ciri untuk memilih penolong, iaitu insan yang amat memerlukan pekerjaan. Riza dengan rela hati dan penuh ikhlas telah memilih seorang hamba Allah yang Riza panggil 'abang' yang perlu dibantu. Ini kerana beliau tidak lagi mempunyai apa-apa pekerjaan, samada lakonan mahupun apa saja kerja di belakang tabir. Isterinya diketika itu sedang sarat mengandung. Anak-anaknya berderet. Walaupun pada hakikat yang lain, Riza tidak sukakan sikapnya yang meninggalkan isteri pertama untuk berkahwin lagi namun atas dasar keluarganya, Riza terima beliau.

Dengan bajet yang juga ciput, beliau sanggup menerima tugasan yang diberikan..

Panjang lagi perjalanan cerita ini TETAPI Riza terpaksa berhenti dulu buat seketika. Nantikan bahagian ke-2 pada bila-bila masa yang jelas kerajinannya.. ;)

Jangan marah ye! Sabar itu separuh dari Iman... Dah lama tak dengar orang berkata begini.. ;)

SALAM!

Saturday, February 21, 2009

Aku Sebenarnya Suka...


Salam Sabtu kembali rupanya! Cepat benar masa berlalu..

Setelah dua hari tidak dapat, tidak sempat dan tidak larat menulis, hari ini aku gagahkan jua untuk menitipkan sesuatu, agar Diari Lusuh ini tidak sunyi dan kerinduan akan daku yang juga merinduinya.

Aku sebenarnya masih tidak menyedari sepenuhnya bahawa meluahkan dan menulis apa saja yang aku terfikir dan mahukan, sebenarnya adalah kegemaranku sejak azali. Aku tidak tahu. Serius. Ini kerana, aku pernah dan selalu berkata kepada diriku dan juga pada rakan-rakan apabila mereka bertanya tentang hasil tulisanku.

Pertanyaan biasa,"Tengah tulis apa sekarang?".

Selalunya jawapanku,"Kumpul cerita dan tunggu masa sesuai untuk menulis."

Kiranya menunggu ilhamlah kononnya. Itu kebiasaan orang-orang penulis berkata begitu. Namun kebenarannya, aku menunggu 'mood', bukannya ilham. Ilham, aku sentiasa ada, ALHAMDULILLAH. Masalahnya aku terlalu mengikut 'mood' untuk menulis kerana jujur aku katakan, aku ini seorang yang pemalas.. ;) hihi.. Agaknya inilah kerenah anak Pak Mahmud dan cicit kepada Allahyarham Haji Mahmood! Semuanya kena ikut 'mood'! Hehehe!

Aku sedar aku ada 'tools' yang jarang diperolehi oleh orang lain. Aku menyedari kerana apabila aku menilai beberapa karya yang diberikan kepadaku, aku akan berkata,"Kenapa banyak sangat yang tak betul?". Bukan aku nak riak. Aku cuma mahu bersyukur dengan kebolehanku yang gagal aku munafaatkan sepenuhnya.

Nak tahu kenapa? Sebab..kecintaan aku pada lakonan dan pengarahan yang membuatkan dunia penulisanku agak terpinggir dan aku akan lakukannya bila terdesak dan bila ada yang benar-benar menyentuh hatiku. Ini kerana, bila aku mula menulis dengan aktif, maka ramai penerbit dan pengurus produksi tidak lagi mahu memanggil aku untuk berlakon.

Kata mereka,"Shahriza dah berhenti berlakon. Dia sibuk menulis!".

..ataupun, "Shahriza dah mengarah sekarang, takkan nak panggil dia berlakon?". :(

Perkara-perkara begini yang membuatkan aku takut untuk membuat perakuan bahawa aku suka menulis. Hakikatnya memang aku suka menulis! Kalian mengerti? Hemm.. Tak mengapalah. Lupakan saja.. ;)

Aku sering membebel yang bukan-bukan. Aku sering bercerita yang tidak disangka. Walaupun pada awalnya aku mahu bercerita tentang kisah yang berlaku dalam jangkawaktu dua hari lalu sejak aku tidak mencoretkan sesuatu di sini, kini lain pula yang aku turunkan! Nampaknya panjang lagilah penceritaan ini..

Nanti akan ku temui kalian lagi. InsyaAllah.. Buat ketika ini, aku perlu bersiap untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan artis yang juga bekas ahli jawtankuasa Persatuan SENIMAN, Syarifah Shahora dan Mukhriz..

Salam..

Wednesday, February 18, 2009

Kesamaran Yang Tidak Terbela..


Semalam aku menerima satu panggilan. Panggilan yang pada mulanya kurasa akan memberi sinar keceriaan setelah kutahu siapakah gerangan di hujung talian. Keceriaan yang sementara itu bertukar kepada pelbagai warna dan rasa. Jika aku jelaskan kepada kalian tentang apa yang telah aku lalui semalam, belum tentu kalian akan memahami keperitan, kesedihan dan kepayahan yang aku rasakan.

Ianya semakin tidak terbela. Ianya semakin mendesak. Ini bukan kali pertama panggilan yang sedemikian kejam kuterima. Bukan kali pertama aku menolak tawaran yang terlalu menghina tetapi tetap rezeki pada hakikatnya.

Pedih untuk aku nyatakan andai ada yang bisa memahami. Namun biarlah ianya menjadi lusuh bersama kehinaan yang tidak terbela itu. Biarlah ianya luluh dan hancur ditelan kekecewaan anak seni ini yang sudah hampir tidak dipedulikan. Aneh, aku ambil peduli tentang mereka tapi adakah mereka sanggup membela aku? :(

Kesamaran yang semakin padam itu, mahu kubela, mahu kuperjuangkan. Namun siapalah aku yang kian terpinggir. Jika santan diukur pada tuanya buah kelapa, aku dinilai pada sabutnya yang tidak timbul-timbul. Pasti ada yang berkata, mana mungkin sabut takkan timbul..tapi inilah kenyataan anak seni yang harus kugalas...

Alhamdulillah! Yay! Yay!


Alhamdulillah..Dah boleh upload gambar. Macam-macam dah buat, tak tahu apa yang menyebabkan gambar-gambar Riza hilang tapi kebarangkalian yang paling besar ialah, ianya berkaitan dengan my Picasa Web Album!

Bila dah log in, klik salah satu gambar, ianya seolah-olah 'trigger' balik dan semua gambar-gambar tu kembali 'online'!

Harap lepas ni tak de yang pelik lagi. Penat, sampaikan delete dan ganti antivirus yang pelbagai! ;)

p.s: Gambar di atas bersama rakan-rakan teater lebih 20 tahun bersahabat! Ianya untuk menggambarkan betapa Riza cukup gembira sekarang! hihihi!

Tuesday, February 17, 2009

Diariku Semakin Lusuh..

Entah di mana silapnya, aku tidak faham. Semalam aku merajuk. Dulu semalam juga aku merajuk. Puas aku cuba menyabarkan diri dan berikhtiar. Hendak menulis tapi aku tidak dapat melihat gambar yang di'upload'. Gambar telah dihalang oleh enjin pencari yang memberikan notis sebegini:

"Google
Error

We're sorry...

... but your query looks similar to automated requests from a computer virus or spyware application. To protect our users, we can't process your request right now.

We'll restore your access as quickly as possible, so try again soon. In the meantime, if you suspect that your computer or network has been infected, you might want to run a virus checker or spyware remover to make sure that your systems are free of viruses and other spurious software.

We apologize for the inconvenience, and hope we'll see you again on Google. "


Telah aku lakukan segala-galanya untuk menyemak virus mahupun adware ataupun malware tapi ianya tetap sama. Aku tidak dapat melihat gambar-gambarku. Kenapa?

Adakah kalian juga tidak dapat melihatnya ataupun hanya aku? Kenapa rumahku disekat? Kenapa? Lusuh benarkah rumahku ini? :(

Aku masih menunggu sehingga blogspot melakukan sesuatu kerna pc dan network aku tidak mengalami apa-apa maslah!

Adakah antara kalian yang singgah mempunyai idea untuk mencuci rumahku ini?

Sunday, February 15, 2009

Pabila Kekeringan Idea



Pabila Kekeringan Idea, sebenarnya kita mempunyai idea yang terlalu banyak sehingga tak tahu di mana hendak dimulakan, maka kita menyangkakan idea telah lari buat seketika. Riza telah biasa menjadi buntu seketika tapi tidak pernah kekeringan idea cuma ideanya kadangkala pelik dari kebiasaan ataupun ideanya agak kosong, kerana idea yang datang dilontarkan secara rambang dan bersahaja demi untuk mengujudkan kehadiran idea yang telah tersekat dek kerana terlalu banyak idea yang berpusu-pusu untuk keluar itu.

Oleh kerana itu, janganlah kita, terutama diriku sendiri, janganlah cuba-cuba untuk mengeringkan idea dengan alasan kekeringan idea. Idea tidak bersalah. Ilham itu diturunkan pada bila-bila masa yang kita mahukan sebenarnya. Cuma diriku yang terkadang malas untuk mewarnakan ilham yang telah hadir itu. Kenapa aku menjadi malas? Kerana aku merasakan ianya akan datang kembali menjengah pabila aku telah bersedia untuk menurunkannya dari minda ke jari yang akan kugerakkan untuk menulis atau menaipnya ke dalam komputer ribaku ini DAN disaat itu, ilham semalam telahpun merajuk dan melarikan diri entah kemana.. Maka teraba-rabalah aku untuk mengejar sesuatu yang telah hilang. Untuk menutup malu kepada diri sendiri, aku pun membuat kenyataan bahawa telah kering ilham yang terbaik yang aku mahukan.

Aku sebenarnya silap. Pabila aku berkata aku kekeringan ilham, di ketika itulah ianya menghambur keluar secara tiba-tiba. Kemalasan yang menjerat diriku. Kemalasan yang sebenarnya berkata bagi pihakku. Kemalasan yang mengambil tempat dengan menyatakan kepada mindaku. Kemalasan yang menggoda aku untuk berkata,"Tak ada idealah!".

Sebenarnya aku sendiri yang malas untuk menggerakkan anggota tubuhku, yakni cuma kedua belah tangan kanan dan kiriku untuk membantu ilhamku turun dari minda dan disalurkan keluar melalui jemari yang mengetuk papan kekunci komputer dengan huruf-huruf yang membentuk perkataan seperti yang aku lakukan sekarang ini sehingga tersusun ayat yang seperti yang berlaku sekarang ini yang membuatkan ianya boleh dibaca kembali dan memberikan makna yang tersendiri.

Terpulang kepada diriku dan sesiapa sahaja yang mahu menterjemahkannya dalam ayat yang lebih mudah bagi minda-minda yang berlainan untuk mendapatkan maksud yang tepat tentang apa yang sebenarnya aku sampaikan.

Pabila kekeringan idea,
di situlah timbulnya ilham yang lain,
yang membasahi jiwamu...

Jadi..jangan bazirkan apa yang telah dianugerahkan khusus buatmu menerokai alam permainan minda yang magis ini..

Ya. aku berpesan kepada diriku agar mengingati itu. Kata-kata itu yang memberi kenyataan bahawa Ilham atau Idea tidak mungkin akan kering, kerana kita tercipta lengkap dengan peralatan yang sedia digunapakai. Maka gunakanlah ia dengan sebaiknya. Maka keluarkan dari kongkongan kepercayaan yang digembar-gemburkan oleh orang lain termasuk diriku sendiri bahawa adakalanya ia kering kontang dan perlu waktu yang berdekad untuk disirami, dibasahi dan disuburi semula!

Apakah aku telah kekeringan ilham bila aku menulis sebegini?

T.I.D.A.K!

Wahai 'aku', ajarilah dirimu untuk menghargai kelebihan yang ada padamu!

Amin...

Thursday, February 12, 2009

( ANDAI ) انداي


انداي

انداي اكو بيچارا تنتڠ چينتا،
ادكه كاو جوڬ اكن مراسا؟

انداي اكو بركات قيصه كاسيه،
ادكه كاو چورهكن يڠ سام؟

انداي اكو مالو مڽاتاكن سايڠ،
ادكه كاو جوڬ برديام ممبيسو؟

انداي اكو تياد لاڬي چينتا،
ادكه كاو اكن مڽسالي؟

شهريز مهمود
12 فيبرواري 2009

P.S:
Seronok dapat menulis & membaca jawi. Puisi spontan Riza. ;)

Terima kasih :
http://www.ejawi.net/converter.php

Petua Emak...


Gambar ini di'photoshop'kan oleh Nurafyza rakan siberku di Facebook, tagged dan di merata tempat dia berada..Terima kasih sahabat! ;)

Salam pagi Khamis duniaku yang indah..

Pagi ini aku bangun dengan lebih segar dan sihat. Aku merasakan seperti sudah cukup kuat untuk meneruskan tugasanku yang banyak terbengkalai. Walaupun memerlukan sehari atau dua lagi untuk bengkak di gusiku terus surut, aku sudah cukup berpuashati kerana aku sudah bebas untuk menikmati makanan dan minuman dengan selesa. Alhamdulillah, segala puji hanya untukkmu Ya Allah..

Pagi ini, setelah berkumur dengan rebusan serai yang dipetuakan oleh emak, aku mencuci pinggan mangkuk di dapur dan membancuh secawan 'chocolate' panas ( bukan Milo ). Rasanya aku telah berhenti meminum Milo seusia dengan perang di Gaza meletus, walaupun ianya merupakan minuman wajib setiap bangun pagi untuk memulakan hariku. Adakah kerana itu aku jatuh sakit? Hemm..

Segarnya.. Diwaktu aku menaip, aku berselang dengan meminum air yang enak ini..

Sebenarnya di pagi yang mulia ini, Riza ingin berkongsi petua yang diberikan emak setelah seminggu lebih Riza tidak sihat. Emak pun tak tahu yang Riza demam sebelumnya sebab setiap kali kami ber'sms', Riza tak beritahupun. Selalunya begitu..sehinggalah Riza dah hampir nak sihat atau betul-betul sihat atau liat nak sembuh, barulah Riza beritahu emak dan sudah tentu emak sampaikan pada ayah! ;)

Maka inilah petuanya yang mak sms untuk Riza menangani bengkak gusi yang muncul setelah panas badan naik ke kepala yang membuatkan Riza setiap waktu membasahkan kepala dengan air dan air yang disiram itu akan kering dengan cepat seolah diserap oleh rambut dan masuk ke liang roma kulit kepala yang panas membara..

Mak sms:

"Boleh jugk buat cmni.,.! AMBIL SBTNG SRAI. KTUK N MSUKN KDLM PRIOK, MSUKN STU O DUA CWN AIR SRTA SDKIT GRAM, MSAK HINGGA MNDDIH, BILA AGK SUAM, BCA BISMILLAH, FATIHAH N 3QUL, IAITU, QULHUWALLAH, A-FALAQ N ANNAS, KUMUR 3 O 4 KLI SHRI, INSYAALLAH...! STIAP KLI NK GUNA AIR SRAI TU, PNSKAN TRLBEH DLU. K,..! SLMT MENCUBA,..!"

Riza sengaja menaip mengikut tulisan ringkas yang emak taip sebab nak bagi menarik sikit dan ada benda nak dibualkan ;). Terkial-kial jugak nak taip tadi. Emak lebih advance dari Riza sampaikan kadang-kadang payah nak terjemah ayat emak! hehe! Tak sangka emak boleh terpengaruh dengan 'didikan' adikku Roshaniza yang mengajar dia tulisan ringkas sms ni. Dulu dia yang pening dan mengadu kepada Riza tentang 'adik cik' ( Roshaniza ) yang suka menghantar sms yang dia susah baca, sekarang Riza pula yang pening! Itu baru sikit je..

Ok lah.. cukuplah dulu buat petua kali ini.. Nanti Riza sambung lagi apa yang patut.. ;)

Wassalam..

Wednesday, February 11, 2009

Aku, kau, hang,...


Salam,
Hari ini Riza semakin bersemangat.

Sebelum berceloteh lebih lanjut, Riza pada mulanya membuat keputusan untuk membahasakan diri sebagai 'aku' di dalam tulisan Diari Lusuh ini kerana ianya lahir dari dalam diriku dan untuk diariku..tapi bila mengenangkan diari ini secara terus akan terpapar di dalam FACEBOOK Riza, dimana di sana Riza membahasakan diri sebagai 'Riza', jadi apa salahnya kalau ianya diselarikan.

Sebut tentang penggunaan nama di dalam membahasakan diri sendiri, sebenarnya Riza tidak pernah dan amat kekok untuk membahasakan diri sendiri dengan menggunakan nama dan juga 'aku'. Kedua-duanya tidak Riza gunakan dalam perbualan seharian. Pelik. Di dalam lakunan dan bahasa penulisan, Riza tidak kekok langsung, malah rasa cukup selesa.

Mungkin ini kerana, Riza telah diasuh sedari kecil untuk menggunakan 'saya','awak' dan 'kamu' di dalam setiap perbualan samada di rumah mahupun di sekolah. Namun itupun setelah sering digelakkan oleh rakan-rakan sebaya apabila anak manja ini payah untuk melepaskan gantidiri 'chek' ( bagi anak manja di utara tanahair ) apabila telah memasuki alam persekolahan.

Riza masih ingat, macam satu kejutan budaya apabila ke sekolah, ramai yang menggunakan gantidiri 'aku' terutama apabila masing-masing sedang bergaduh. Riza tak tahu menggunakannya dan takut menggunakannya. Ini kerana, ada undang-undang di dalam keluarga yang digunapakai emak dan ayah. Emak lah yang menjadi pemantaunya. Apabila sesiapa ( adik beradikku ) menggunakan 'aku' dan 'hang', mak akan mencubit mulut kami. Aku tak salahkan mak, sebab anak-anak nakal emak ni akan mencuri-curi untuk menggunakannya bila kami berebut sesuatu atau bergaduh. Alah.. bergaduh budak-budak. Waktu ni umur masih di bawah dua belas tahun.

Riza dan adik beradik bergaduhpun bukan macam yang Riza tengok di TV ataupun yang Riza lakunkan di TV.. ;).. Kami bergaduh tak tinggi suara, tak bercakar, tak guna perkataan kesat.. Pada kami perkataan 'aku' dan 'hang' adalah tahap perkataan 'gaduh' yang paling kasar! ;)

Oleh kerana itu...sehingga sekarang aku tidak pernah secara serius menggunakannya di dalam kehidupan harian kecuali di dalam lakunan semata. Jika terdengar Riza menggunakannya, itu bermakna Riza cuma bergurau. Kelakarnya, tidak ada sesiapa yang sedar dan paling tidak selesa bila ada rakan-rakan artis mahupun bukan yang selamba menggunakan 'aku' dan 'kau' bila berbual dengan Riza, sedangkan Riza membalasnya dengan tidak langsung menggunakan 'aku' dan 'kau'. Sehingga sekarang rakan-rakan itu masih terus begitu dengan Riza.

Oh ya, ada dua lagi gantidiri yang Riza pernah terjebak menggunakannya, 'kami', 'orang' dan 'kita'... Semuanya membawa maksud yang sama pada diri Riza iaitu, 'saya'. Riza dah tak gunakan 'kami' tapi anehnya Riza masih menggunakan 'orang' dan 'kita'. Agaknya mungkin juga pergaulan dan perkembangan minda yang melalui pelbagai tahap dan peristiwa yang menjadikannya begitu dan selesa begitu.

Yang paling biasa sekarang ini...sudah tentu..mahu ataupun tidak, suka ataupun tidak, penggunaan 'I' dan 'you' memang cukup meluas dan Riza juga menggunakannya entah sejak bila. Yang pasti ianya mudah dilafazkan. Pun begitu...Riza akan tengok kesesuaian untuk menggunakannya. Takkan nak cakap dengan parents guna 'I' dan 'you'? Namun kalau menggunakan sepenuhnya bahasa Inggeris dimaafkan kerana ianya kebiasaan tetapi kalau contohnya begini tak bolehlah,"I sibuklah. Boleh tak you jangan membebel!"..dan Riza pernah mendengar dengan telinga sendiri seorang anak berkata begitu kepada ibunya dengan nada kasar..

As for me, itu kurang ajar. Riza kesiankan ibunya yang mendiamkan diri. Mungkin malu di depan ramai rakan-rakan anaknya..

Berbalik kepada rakan Riza yang masih 'berAku' dan 'berEngkau' dengan Riza, cuba lihat contoh ni:

==
RAKAN: Kau dapat job senyap je. Pass la kat aku sikit.
RIZA: Mana ada. Kite nganggur la sekarang. Awak tu yang banyak job, hilang je.
RAKAN: Alah tu bulan lepas. Sekarang aku lepak. Engkau panggil lah aku.
RIZA: InsyaAllah, kalau ada, 'orang' panggil lah.
==

Kalau baca betul-betul macam ada yang tak betul kan? ;)..
Rasanya mungkin sebab nak mengelakkan dari menggunakan 'aku' dan 'kau', maka Riza mencari alternatif lain untuk tidak menampakkan kejanggalan bila berbual dengan rakan yang sebegitu..dan sudah tentu ditambah dengan tonasi yang ramah dan bersahaja menjadikannya kebiasaan..

Cukuplah tu..Nanti ada pula yang kata Riza membebel entah apa-apa pulak hari ni! ;)

See you later-later kay!

Sunday, February 08, 2009

Kenangan Lusuh Hari Minggu


Salam Ahad para sahabatku yang disayangi! Semoga hari yang bakal kita lalui bersama ini akan memberikan sejuta keceriaan dan kejayaan yang tidak ternilai harganya. Walaupun aku masih memerlukan 10% peratus lagi kesihatan tapi Alhamdulillah ianya semakin menuju kepulihan. Syukur tidak sebaliknya..

Apa yang aku perhatikan setiap menjelang awal tahun, diriku akan mendapat penyakit yang agak misteri dan agak lama jangkawaktunya. Telah aku sedari ianya sejak kecil lagi sehinggakan tiada doktor yang boleh memberikan jawapan tepat kepada apa yang aku alami.

Bila sebut misteri tentu ramai yang berfikir tentang buatan orang yang tak elok dan sebagainya tapi aku tidak pula merasakan demikian..cuma ianya sesuatu yang sukar dijelaskan.

Kenapa aku katakan sukar? Ianya kerana biar baik bagaimana sekalipun aku menjaga tubuhku ini dan sebanyak mana rehat yang aku berikan, jika ianya hendak terjadi maka ianya terjadi, ( sudah tentu segalanya datang dariNya jua ).

Baik, misteri..Kenapa ianya misteri?

Aku imbau kembali satu contoh saja dulu.. Sekitar usiakan 10 tahun, suatu pagi aku bangun kebilik air untuk menggosok gigi..Sebaik air dipancuran terbuka dan aliran jernih itu menyapa tanganku, ada kelainan yang berlaku. Lapisan atas kulitku sedikit demi sedikit menjadi seperti 'bersalin' kulit. Ianya tidak menyakitkan tetapi setiap kali terkena air ia akan mengelembong kecil di sana sini di depan dan dibelakang tapak tangan sahaja. Tidak ada rasa kesakitan yang berlaku.

Mulanya aku diam sahaja tapi bila waktu hendak makan, aku menggunakan sudu, emak bertanya kenapa. Bila emak tahu, dia menyapu losen ke tanganku dan sebagainya namun ianya tidak berkesan. Yang menjadi masalahnya bila hendak mandi. Aku terpaksa menggunakan sarung tangan untuk mengelakkan tanganku terus bersalin kulit. Oleh kerana ianya berlaku pada hari minggu seperti hari ini, besoknya emak membawa aku ke hospital di Perlis tempat aruah datukku bekerja untuk membuat pemeriksaan tapi memandangkan datuk ( tok wan ) bertugas di Kuala Lumpur di ketika itu, aku di rawati oleh doktor lain yang aku tak ingat namanya. Doktor tersenyum bila merawat cucu 'Mat Darus' ( Haji Mohd Darus Hj Mahmood- AlFatihah ), yang selalu mendapat rawatan di situ walaupun kami tinggal di Kedah.

Berbalik kepada penyakit misteriku ini, doktor pening kepala sebab tiada langsung tanda jangkitan kuman atau apa saja yang sewaktu dengannya. Semuanya normal. Doktor tak tahu nak memberikan ubat apa kepadaku. Akhirnya dia cuma memberikan losen putih untuk disapu setiap kali kulitku mengelupas. Aku tegaskan di sini, bahawa kulit tanganku hanya akan mengelupas setiap kali terkena air bersih. Bila ianya kering, tanganku akan normal dan kesan mengelupas akan kutanggalkan dengan mudah kerana ianya hanyalah lapisan kulit yang cukup halus umpama 'masker' yang digunakan di muka. Bila ianya kering, mudah untuk ditanggalkan dan lapisannya pun senipis itu.. ;)

Seminggu berlalu tiada apa-apa yang memberi kesan kepada tanganku yang setiap hari bersalin kulit baru macam ular ( kebetulan lahirku pun ditahun ular ) sampaikan aku boleh membuat lawak pada bila-bila masa yang aku mahu dengan merendam tangan dalam air dan menunjukkan magik kepada rakan-rakanku.. hihi..

Akhirnya secara perlahan ianya hilang begitu sahaja tanpa sesiapapun termasuklah aku sendiri mengetahui dari mana punca dan penyebabnya...sampai sekarang..

Itu cuma salah satunya sahaja..kalau aku rajin..akan kuceritakan kemudian cerita misteri yang lain lagi mengenai diriku... ;)

Friday, February 06, 2009

Minggu Lemau.. ;)


Hampir genap seminggu aku tidak menulis di laman blog ini dan dalam tempoh enam hari yang lusuh itu pelbagai cerita yang berlaku yang memencilkan aku di dalam duniaku yang serba tak sihat di sana dan di sini di serata tubuhku ini.. ;) Segalanya telah aku luahkan di dalam nota 'facebook'. Terlupa aku yang sekiranya aku menulis di sini ianya bakal di keluarkan di sana juga.

Tak pe lah..Di mana-manapun sama juga. Kalau nak baca tentang nikmat kesihatan yang telah Allah berikan kepadaku di sepanjang minggu ini, singgahlah di facebook saja ye..